Jumaat, 29 Mei 2009

Marah Kerana Cinta

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh - nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita..."

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian... Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah... agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah
kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta... "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir.
Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya..."

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan... bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan
mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!



Khamis, 28 Mei 2009

Ekonomi Merundum?

Semalam aku baca dengan akhbar online menyatakan bahawa ekonomi semakin merundum -1%!
Jadi benarlah keadaan ekonomi di luar sana terumabng ambing dan sebagai seorang eksekutif jualan, cukup payah aku nak deal apa-apa kini berbanding bulan yang sama pada tahun lalu...

Melihat situasi ini, pergantungan syarikat-syarikat bumi kepada kerajaan cukup ketara dan nampak jelas... Semua tender yang dibuka nampak lebih tersususn dengan adanya kaedah E.P bagi tender dan sebutharga! Walaupun sebutharga kini dipertingkatkan tp limit RM 500,000.00 dan jika lebih di kategorikan tender, aku nampak begitu ramai pembekal-pembekal kerajaan kini cuba nasib dalam perlumbaan memberikan harga dan spesifikasi terbaik buat kerajaan...

Sekarang pula ada e-bidding! Dalam perolehan terbaru ini, nampak susun atur pemilihan itu adalah jalan terbaik bagi kerajaan mendapatkan harga terendah (terbaik ke0, spesifikasi terbaik dan cepat keputusannya.. Cuma...

Kalau diperhatikan... 2 cara online ini, nampak ketelusan kerajaan dalam memilih dan memberi peluang kepada pembekal.. Tapi dalam keadaan ekonomi sebegini, bagi aku syarikat besar akan terus berkuasa... Kenapa aku nyatakan sedemikian?

1. E-Perolehan... Harga terbaik, spek terbaik... Caj lagi 0.08%.. Dan jika aku mark up sahaja2 la 2-5%... Bukankah aku akan rugi lagi? Sekarang persaingan cukup sengit dan cara memenangi pelanggan dengan cara direct sales...

2. E-Bidding... Erm.. Ni lagi haru... sebab? Yang pertama, 0.08% dalam tangan dah... Kalau nak dinilaikan.... Setiap project 1.2M, akan di caj lebih kurang RM 9,600.00... Dan yang kedua, dahla masa masuk kita bagi harga yang kaw2 punya.. Then bila terpilih, bid lagi harga rendah dan sapa berni bid rendah dia menang sebab atas asas ranking!

Heh... Sukarnya nak terima keadaan ini....

Isnin, 25 Mei 2009

Tidak Salah Mencuba

Tidak salah mencuba... Jika mencuba itu ada asasnya. Dan dalam porsoalan mencuba kadangkala terbit juga rasa sangsi dalam jiwa bahawa, kalaulah kita mencuba dan percubaan itu hanya untuk 'semata-mata' mencuba! atau sekadar suka-suka nak memalukan diri sendiri kerana percubaan itu... lupakan saja lah! Kerana ia memberi kesan sebaliknya... Bukan kah baik jika percubaan itu diiringi dengan keazaman dan penilaian yang tersendiri agar percubaan itu nampak jayanya...

Ketara... bila aku berikan contoh, percubaan memikat wanita! Kerana aku sering diberi perbandingan, dalam urusan kerjayaku, client adalah seumpama seorang wanita... Ya... kalau salesman nyer adalah lelaki dan begitulah sebaliknya.... Jika mereka adalah seseorang yang penting untuk kita pikat... mestilah kita mempunyai skill dan panduannya yang tertentu agar percubaan demi percubaan itu dapat dilakukan dengan berkesan dan teratur...

Dalam kehidupan juga kita mencuba... Selalu kita mendengar, kita mencuba nasib dengan pekerjaan A, B atau C dan mencuba nasib lagi jika dapat tawaran lebih baik daripada syarikat lain... Erm... Cara begini kadangkala mengundang kekurangan pada pengalaman kerana bagi aku, kenapa tidak kita fokus pada tugas dan amanah dalam sesebuah organisasi jika kita ingin maju... Dan karenah mencuba dan mencuba tanpa ada lapik alas yang kukuh, kaitnya yang tidak mudah lerai dan tebalnya yang nipis... Kenapa aku ibaratkan kain alas??? Kerana nasib adalah di bawah kaki kita sendiri... Dan kita menentukan nasib itu dengan rasa sayang atau jijik untuk meninggalkannya...

Dan hari ini aku terus mencuba nasibku dalam tender-tender yang aku masuk! Dan aku harap, percubaan ini berasaskan kesabaran dan penilitian yang tepat dan dapat! Insya Allah...

Ahad, 24 Mei 2009

Berubah

Berkualitikah perubahan jika ia capai dalam masa sedetik?
Berkekalankah ia jika ia dilakukan dalam masa sesingkat hujan lalu?
Terkesimakah diri jika perubahan-perubahan ini direalisasikan kerana sebuah harapan yang tunjangnya adalah kasih sayang...

Jika perubahan diri, kerjaya dan masa hadapan sebenarnya kerana kasih dan redha Allah, aku bersyukur teramat dalam kerana masih diberi peluang menghargai, mencintai dan berubah kerana DIA menghantar aku peringatan melalui kehidupan insan aku...

Dan aku mengucapkan syukur pada tuhan kerana peluang ini.... Amin...

Undang-undang Manusia

Membaca berita mengenai Dato' Nizar dan Dato' Zambry, mengenangkan aku semula cerita lama. Aku berpendidikan undang-undang juga. Undang-undang Malaysia, Undang-undang Jenayah, Sivil, Keluarga dan pelbagai lagi, aku studi dalam tempoh 3 tahun semasa aku di kolej... Akhirnya semasa aku masuk universiti, setelah setahun pertama mengambil pengajian umum, aku akhirnya mengubah minatku kepada ekonomi...

Semuanya pincang! Undang-undang manusia sekarang semakin ampuh, tak logik, dipengaruhi politik dan hilang kuasa keadilannya. Apabila kuasa eksekutif mengatasi kedaulatan undang-undang tersebut maka semakin huru-hara dan ketelusannya hilang di tiup angin...

Sebagai seorang pembaca dan aku bukanlah pengamal undang-undang yang baik, kemelut Perak sepatutnya dihalusi dan dipegangi oleh orang-orang yang asasnya mahu memperlihatkan ketelusan dan kedaulatan undang-undang... Hilang dan mati keinginan aku semasa belajar undang-undang di kolej belasan tahun lalu juga kerana aku berpendapat, undang-undang BRITISH yang diamalkan di Malaysia semakin kabur dan kelam... Dan ianya bermula dengan kehancurn kepercayaan rakyat tatkala DSAI diperlakukan ketidakadilan yang sama. Mempercayai hukum karma dunia bahawa kehidupan ada hitam dan putih, tetapi bila kedaulatan kehakiman dipertikaikan, ke mana lagi keadilan itu dapat di cari?