Khamis, 14 Mei 2009

Penat tapi Menyeronokkan

Tak ada apa yang nak dikatakan apabila sesuatu jualan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya. Dalam hati yang seronok itu terbina, diceriakan dengan kejayaan menghantar barang dan akhirnya di cop oleh pihak pelanggan, ada gak la kerja-kerja yang tertangguh oleh beberapa faktor teknikal yang sememangnya aku tak suka! aku sakit hati dan aku tak dapat terima! Tapi sudahnya, nanti kerja aku tertangguh dan appointment aku ada yang terlepas masa, postpone dan ada juga gagal untuk dating semula... Aduhai... Inilah yang meyesakkan kepala aku...

Petang tadi jam 4.00 petang, buat kali kedua, aku menjejakkan kaki aku sekali lagi ke B5 menemui Puan Puteri Mahani. Memang dia seorang yang baik dan sentiasa membantu. Kemaafan kami diterima dengan rasa memahami kerana bukan 100% salah aku yang mana satu hari dulu pernah berjanji tidak postponed semua servis yang dilakukan. Dan kemuncaknya, kami menemui En Ghani iaitu Pengarah Seksyen Unit Multimedia dan Teknologi Maklumat, EPU JPM. Bersama beliau rakan sales aku, Mala cuba convient sebaik mungkin meluluskan servis 6 unit Projector yang pernah dikeluarkan 2 bulan yang lalu. Nasib kami agak baik sebab En Ghani ni maybe dalam mood yang ok kot.. Dia berjanji untuk melihat kesemua sebutharga yang diberikan dan akan menghubungi Mala semula minggu depan. Walabagaimanapun ada kemungkinan beliau akan request untuk membeli jika merujuk kepada LCD Projektor yang lama. Sebab ada di antara LCD tu kami caj lebih RM4k...

Erm teringat aku jenama yang En. Ghani tanya-tanyakan... GEHA! Hah? Geha? Jenama yang dibrandingkan semula di Malaysia... Dia bgtau ada beli 4 unit baru-baru ni... Dan jaminannya 3 tahun, kecil dan ringan. GEHA adalah Infocus yang re-brand.. Aku tak tahu la camner diorang boleh terima brand tahun 1998-2003 ni..




Huh! Tapi aku katalah, satu brand dr USA jenama OPTOMA pun apa kurangnya... Dan aku cuba propose product tu pada En. Ghani... Cuba-balah.. mana tau kan? Sebelum aku beredar, ada juga ditanya-tanyakan pasal servis... Askk PROXIMA yang buggy dengan 3k ANSI Lumens.. Huh! Boleh la buat servis. Dia punya problem... Blur Image dan aku pasti sama ada lens, bulb atau LCD... Nanti geng2 teknikal kitorang tengokkan erk???

Habis sahaja site visit, kamo gi minum... rm.. aku makan jugak la... Makan Roti John yang sememangnya femes dia Taman Wawasan tu... Dan akhir sekali aku melantak Laksa Penang... Kena pulak dgn Air batu Cendol.. Pergh!!! Kenyang... dan jam 7.00 malam aku kena ke Bandar Baru Bangi untuk hantar Netbook Fujitsu ke Prof Dr di UKM. Dia menunggu aku sampai aku tiba, dah test semua barang dan dia berpuas hati. Cuma apa yang aku terkilankan, dia tanyakan ada tak warna yang gelap macam hitam atau merah... Maaf la Prof.. Last minit memang x dapat tukar...

Penat? Ada gak apatah lagi aku dpt tahu budak teknikal tak pergi ke MOA dan UKM... Tangguh lagi dengan alasan-alasan yang aku tahu... sometimes bukan salah teknikal pun... Kenalah aku buat janji lain... Penat-penat!

Ok la... So hari ni apa aku buat???
1. Tolong budak team au settlekan tender... Fun?
2. Hantar 7 PC dan 6 Printer... 1 pc lagi aku hantar esok... Fun?
3. Hantar Netbook ke UKM... Fun?
4. Hantar semula Printer Canon yang dibaikpulih semula... Fun?
5. Dapat tau installtion Projector Cable di UKM x settle... Tired?
6. Dapat tahu diorang x sempat go to MOA... Tired?
7. Balik awal ke rumah! Ha ha ha... Kali ni Fun! Fun! Fun! Dan dapatlah aku tulis cerita ni...

Aku nak rehat... dan relaks... Eh? Malam ni malam jumaat kan?

Sebutharga KPTM

Alhamdulillah...

Berhantar juga akhirnya sebutharga KPTM walaupun terlewat 10 minit dari jam 12.00pm. Diterima ke? Aku pun tak tahu nak jawab diterima atau tidak sebab jawapannya kita akan dapat dalam sehari dua ini apabila e-perolehan akan menyenaraikan sebutharga-sebutharga yang berjaya dihantar dan dibuka bagi tatapan umum mengenai harga yang ditenderkan...

Daripada malam tadi aku, Farol dan Amir berusaha menyiapkan sebutharga ini walaupun dari segi geographicalnya aku di Ampang dan mereka berdua di Putrajaya. Kenapa? Sebab aku buat E.P secara ONLINE dan mereka berdua menyiapkan manual. Bagi aku kedua-duanya penting.

Apa istimewanya Sebutharga ini? Erm... Kalau nak disebutkan memang kitorang boleh menang kalau amsuk, harapannya hanyalah 50% sebab bila berjaya hantar, harga dibuka, should be semua orang akan ada peluang 50-50. Tapi melihat kepada kehendak sebutharga tersebut, aku dapati 1 yang kami kurang dan bila dilihat dari sudut 'merosakkan peluang untuk menang' ianya hanya memberikan 1-2& sahaja permasalahan tersebut.

Kita analisis apa kehendak sebutharga:
1. 55 unit Laptop dengan spesifikasi tertentu
2 Intel Core 2 Dou 8600 (maksudnya 2.4Ghz la)
3. 9-Cell Battery (kami masuk 14=Cell Battery (6-Cell + 8-Cell - Ada extended battery)
4. 9 in 1 Media Reader Card (Spec ini x sama, sebab kami masuk Secure Digital Reader Sahaja)
5. Berat 2.3kg (Yg ni, kami tawarkan 2.1kg)
6. Include Cable Lock, Thumdrive 8GB (Done with additional free Speaker lagi)
7. Antivirus Subscription 1 year (Macam biasa... Karspersky la)
8. 3 Years Fully Warranty (Done)
9. Loan unit jika rosak? (Done)
10. Tambahan lain? (Kami masukkan training dan perventative)

Kehendak Sebutharga: Macam-macam... Inilah sebutharga paling banyak salinan yang diorang nak kena bagi bersama! malas betullah diorang ni nak buat salinan... Salinan Teknikal 4 salinan dan salinan Harga pun 4 salinan! Parah betul... Tapi itulah yang kena bagi. Bermaksud; Sebutharga ini kena bagi 5 salinan termasuk ORIGINAL!

Kehendak lain:
1. Kena signature pada setiap muka surat dalam jadual harga! (Done)
2. Kena dapatkan Pengesahan Pangkat A Orang kerajaan bagi salinan L.O (X done - x sempat!)
3. Dan lain-lain.. Hu hu hu

Dan 30 minit sebelum nak hantar, tiba-tiba dapat harga lagi murah daripada Disti! Aduhai... secepat kilat kami menukarkan harga... Dan perubahan agak ketara sebab harganya turun hampir RM 400.00 seunit! Korang bayangkan kalaulah dapat harga ini... berbanding sebelumnya... Bezanya hampir 20k!

Ok la.. aku doakan Farol! Sales ko kali ni lepas dan dapat nama lagi... Nama ko semakin menjadi perhatian GM.. Abis lah ko...