Rabu, 20 Mei 2009

Harapan, Doa dan Zikir

Memiliki harapan untuk berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan hidup adalah semua impian semua insan di dunia. Tiada insan yang mahu hidupnya susah, sengsara, terganggu dengan keadaan yang memritkan, sakit, kecewa dan sebagainya. Dan aku sebagai insan juga mengharapkan agar perkara-perkara sebegitu tidak kerap berlaku malah sesekali aku sering berdoa agar 'jika tuhan nak menduga aku, jangan 'DIA' berikan dugaan yang terlalu memeritkan. Aku hanya manusia biasa yang kadangkala BOLEH putus harapan, menerima dugaan-dugaan MU!

Sesekali dilihat dalam keluhan tersebut, ego sangatkah aku? Memohon tidak diduga keterlaluan sedangkan aku adalah siapa? Hanya insan lali yang sering tuang... lewat-lewatkan ibadah padamu dan bermain dengan dosa dan pinggiran-pinggiran api neraka jahannam...

"ILAHI LASTULIL FIRDAUSI AHLA... WALA AQWAA ALAAN NAHRIL JAHIIM.... FAHABLI TAUBATAW WAGHFIR ZUNUUBI... IGHFIR ZUNUUUBI... IGHFIR ZUNUUUBI... FAINNA GHAA FIRUZ ZANBIL AZIIM..."
'Tuhanku aku tidak layak untuk syurgamu... Tetapi aku tidak pula sanggup untuk menanggung siksa nerakamu... Dari itu kurniakanlah, keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, Sesungguhnya, ENGKAULAH pengampun... DOSA-DOSA BESAR"

Amin...

Aku terlalu suka mengalun-alunkan nasyid tersebut! bagi aku bila aku menyanyikan ia dan mendendangkan dia secara personal dan kadangkala untuk melepaskan perasaan harapan aku itu.. Aku akan lepaskan dengan penuh perasaan...

Bagi aku, doa dan zikir merupakan salah satu cara meluahkan harapan dan mencurahkan perasaan salah, dosa, debu-debu perbuatan atau maksiat-maksiat pancaindera yang sering aku lakukan... Doa dan Zikir adalah 'UBAT' paling laris untuk makanan jiwa yang kadangkala meronta-ronta kegeringan dan kosong menacri penciptaNYA.

Korang terasa tak tiba-tiba jiwa kita akan kosong.... Bebanan kerja, kesibukan dan keriuhan pejabat kadangkala menjadikan diri kita lalai... Dan jika aku ingat semula, pernahkah aku mengingati tuhan dengan mengalun-alunkan bait-bait pujian untuk Ilahi? Kita sama-sama lah fikirkannya...

Amin