Membaca berita mengenai Dato' Nizar dan Dato' Zambry, mengenangkan aku semula cerita lama. Aku berpendidikan undang-undang juga. Undang-undang Malaysia, Undang-undang Jenayah, Sivil, Keluarga dan pelbagai lagi, aku studi dalam tempoh 3 tahun semasa aku di kolej... Akhirnya semasa aku masuk universiti, setelah setahun pertama mengambil pengajian umum, aku akhirnya mengubah minatku kepada ekonomi...
Semuanya pincang! Undang-undang manusia sekarang semakin ampuh, tak logik, dipengaruhi politik dan hilang kuasa keadilannya. Apabila kuasa eksekutif mengatasi kedaulatan undang-undang tersebut maka semakin huru-hara dan ketelusannya hilang di tiup angin...
Sebagai seorang pembaca dan aku bukanlah pengamal undang-undang yang baik, kemelut Perak sepatutnya dihalusi dan dipegangi oleh orang-orang yang asasnya mahu memperlihatkan ketelusan dan kedaulatan undang-undang... Hilang dan mati keinginan aku semasa belajar undang-undang di kolej belasan tahun lalu juga kerana aku berpendapat, undang-undang BRITISH yang diamalkan di Malaysia semakin kabur dan kelam... Dan ianya bermula dengan kehancurn kepercayaan rakyat tatkala DSAI diperlakukan ketidakadilan yang sama. Mempercayai hukum karma dunia bahawa kehidupan ada hitam dan putih, tetapi bila kedaulatan kehakiman dipertikaikan, ke mana lagi keadilan itu dapat di cari?
9 tahun yang lalu

0 Lalat:
Catat Ulasan