Memaparkan catatan dengan label Khalif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalif. Papar semua catatan

Khamis, 4 Jun 2009

Kembali kepada tuhan...

Setelah 32 tahun aku hidup...
Aku tak tahu apa pencapain diri aku dengan tuhan...
Apakah graf aku terus naik dan naik dan naik...
Atau? Semakin menurun dan terus menurun...
Seolah2 penilaian aku ini amat2 dirahsiakan oleh pencatat kiri dan kanan tuhan...
Siapa lagi kan???

Dan akalau kita cuba mengkaji dan mengkaji... Aku yakin...
Kita takkan dapat memberikan kata pemutus... di manakah level kita?

Adakah kita di gred A, B, C atau F? Nauzubillah min Zalik!
Apa2 pun yang berlaku, cuma kesedaran sahaja yang mampu memberikan rasa takut itu kepadanya...
Entah kan hari ini kita senang dan gembira...
Entahkan esok lusa kita menderita dan terduga...
Kita berdoalah kepadanya...
Semoga petunjukNYA membantu kita dan sekeembalinya kita ber'caouple' dengan tuhan...
Insya Allah... Amin!

Ahad, 24 Mei 2009

Berubah

Berkualitikah perubahan jika ia capai dalam masa sedetik?
Berkekalankah ia jika ia dilakukan dalam masa sesingkat hujan lalu?
Terkesimakah diri jika perubahan-perubahan ini direalisasikan kerana sebuah harapan yang tunjangnya adalah kasih sayang...

Jika perubahan diri, kerjaya dan masa hadapan sebenarnya kerana kasih dan redha Allah, aku bersyukur teramat dalam kerana masih diberi peluang menghargai, mencintai dan berubah kerana DIA menghantar aku peringatan melalui kehidupan insan aku...

Dan aku mengucapkan syukur pada tuhan kerana peluang ini.... Amin...