Sikap menangguh kerja datang secara tidak disedari. Ia seperti fenomena ‘latah’ yang berlaku kerana faktor ‘pembelajaran’ (learned behavior) dan sebagai ‘attention getter’. Namun, jika anda merasakan anda seorang yang cenderung menangguh-nangguh tugas yang perlu dilakukan, anda perlu lakukan sesuatu!
Tabiat negatif itu perlu diubah dengan anda memberi reaksi berikut jika ada tugas yang perlu diselesaikan :
1. Buat segera - terus laksanakan tugasan yang diberi.
2. Usah tunggu - inisiatif diri - katakan pada diri anda menangguhnya tidak akan membuat tugas itu lebih mudah
3. Mulakan sekarang -Masa yang lebih baik untuk melakukan tugas itu adalah SEKARANG berbanding kemudian
Menangguh-nangguh tugas boleh menjadi suatu tabiat yang berulang, demikian rumus sekumpulan ahli psikologi. Menurut mereka, bertangguh-tangguh adalah satu tabiat psikologi yang menjejas ramai manusia, tetapi ia boleh dikuasai.
Fenomena itu dikaji oleh Dr Sean McCrea dan rakan-rakan ahli psikologinya dari Universiti Konstanz di Jerman. Kajian mereka diterbitkan dalam edisi Disember 2008 jurnal ‘Psychological Science’.
Manusia lebih cenderung untuk bertangguh-tangguh jika mereka memikirkan sesuatu tugas yang perlu dilakukan itu secara abstrak dan bukan secara konkrit.
“Setakat memikirkan tugas yang perlu dilakukan itu secara konkrit dari segi yang khusus, membuat seseorang berasa bahawa tugas itu perlu diselesaikan lebih cepat”. Ini bermakna memikirkan tentang tugas itu dari segi bila ia mesti diselesaikan dan apakah perkara-perkara khusus yang perlu dilakukan, termasuk siapa dan benda-benda apa yang terlibat, akan membuat seseorang terdorong untuk menyegerakan tugasnya.
Sebaliknya, memikirkan secara abstrak seperti perihal orang yang memberikan tugas itu dan sebagainya akan membuat kita berlengah.
Oleh itu, FIKIR SECARA KONKRIT - PRAKTIKAL - bagaimana? Lakukan sesuatu yang mudah TERGAMBAR dalam FIKIRAN anda. Sesuatu yang mudah DIGAMBARKAN ialah sesuatu yang bukan bersifat abstrak.
Diri Aku! Meneliti kerja-kerja yang banyak tetapi tiada usaha yang dapat dilakukan menyebabkan aku terpana sendirian! Kerja memang banyak. Aku susun semua paper yang ada, aku carik-carik kertas memo yang sememangnya banyak tertampal di dinding tepi meja di pejabat Putrajaya. Kerja-kerja aku daripada jam 8.30 pagi tadi kadangkala tertangguh dek panggilan telefon, pertanyaan anak-anak buahku (under Team GPU), dan kebosanan mengadap komputer. Bila penat, aku sendiri membaca pelbagai portal online yang ada, Utusan Online, Malaysiakini, Harakahdaily dan sekali-sekala webmail.starzacorp untuk melihat sekiranya ada harga yang telah di reply, e-tender, e-qoutation daripada Jabatan Kerajaan yang memang menjadi kebiasaan aku.
Sikap tangguh bukan sahaja pada kerja... Tapi banyak melibatkan tugas dan hal-hal personal, ibadah, pergaulan, perancangan, peluang dan kesihatan. Pernahkah kita terfikikirkan bahawa, alangkah baiknya kalau sikap menangguh ini dapat dikikiskan dan diperkecilkan skopnya menjadi lebih baik dan baik.
Teringat aku satu tugas yang diberikan oleh General Manager. Sebagai seorang Pengurus Long Term Rental Unit, aku diperlukan untuk membuat analisis dan sedikit pengurusan pemasaran bagi mendapatkan maklumbalas terkini daripada hampir 5,000 pelanggan di bahagian kerajaan termasuklah 100% awam, separuh awam, agensi, badan berkanun dan persatuan, kesatuan atau badan-badan yang ada hubung-kait dan kepentingan dalam kerajaan. Jadi aku diberikan tempoh 1 bulan untuk membentangkan kertas kerja tersebut? Heh! Aku siapkan ianya dalam tempoh 3 bulan setelah 3 kali dipanggil ke bilik GM sebab data dan konsistensi kerja aku dipertikaikan dan tak diakui!!! Aduih! Tensen giler aku pada masa tu... Nah! Inilah akibat menangguh-nangguh kerja...
Semua orang kadangkala memberikan sebab yang munasabah. Sama la macam aku ni... Kalaulah diamalkan suratul ASr takkan kita sentiasa mengabaikan masa kan? Dan aku sentiasa berazam pada setiap awal tahun 2 perkara iaitu:
1. Mengejar masa dan tidak menangguhkannya dalam apa jua aktiviti harian, ibadah, muamalah, politik, kerjaya, keluarga dan sebagainya...
2. Memberikan aku rezeki, memanjangkan umur dan supaya keluarga sentiasa diberkati!
Dalam apa jua yang kita kerjakan... Asasnya adalah niat, dan jangan lupa supaya niat setiap kerja yang dilakukan, jangan lah bertangguh, janganlah berlengah, berasa diri sentiasa lapang... Sebab meniti sabda Rasulullah S.A.W yang lima, yang mana salah satunya adalah:
Jadi bagi renungan bersama... Aku menyerus diri aku, korang semua dan pembaca yang sudi baca... Kerja bertangguh sebenarnya dilihat dari segi kerjaya, ia akan menggugat kerjaya korang secara halus. Bila tabiat ini terus ada dalam diri, selagi itulah kerja akan sentiasa berlambak! bertambah! dan akhirnya kita dipanggil tidak tahu manage kerja... Percaya pada diri dan apa sahaja alasan diberikan oleh anak-anak buah di bawah satu bos, korang jangan sekali-kali bagitau, tak sempat, bz sangat dan sebagainya sebab SECARA LOGIKNYA... KORANGLAH YANG TAK MANAGE MASA DAN MENANGGUH KERJA!

