Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mei 2009

Night at the Museum 2

Sinambungan daripada Night at the Museum yang ditayangkan pada 2006. Aku masih ingat first time aku tengok cerita ni setelah 2 bulan dvd nya aku beli (cetak rompak!) He he he. Dan setelah pagi Sabtu tu aku bosan dah xde apa nak aku buat, aku baru tengok cerita ini.

Di awal kisah movie yang pertama dahulu, sudah ada tarikannya apabila ia menggabungkan peranan bapa yang bercerai dengan isteri dan mempunyai anak seorang. Jadi jika si bapa inginkan hak giliran anak diteruskan tanpa ada apa-apa injuksi yang langsung tidak membenarkan anaknya bersama-sama bapa dalam tempoh tertentu, dia kena kerja. Bermula si ayah (Lakonan Ben Stiller) memohon kerja di sebuah Museum di New York (Museum of Natural History). Di sana terdapat pelbagai sejarah-sejarah yang berlaku di awal-awal tahun ketamadunan manusia. dan pada malam pertama ia bekerja sebagai watcmen, telah berlaku pelbagai keajaiban di dalamnya apabila semua patung, replika dan barang-barang sejarah, hidup pada waktu malam... dan si ayah perlu menghadapinya!

Nak tahu lebih lanjut? Aku rasa korang baca seterusnya di sini...
http://www.imdb.com/title/tt0477347/
http://www.imdb.com/title/tt0477347/plotsummary
http://www.imdb.com/title/tt0477347/synopsis

Dan yang terbaru, aku attach bersama thriller bagi Part 2 untuk kisah ni. Aku pasti akan pergi ke pawagam menyaksikannya! Tak sabar menunggu showing nyer di pawagam Malaysia!



NIGHT AT THE MUSEUM 2