Pagi ini aku membuka mata dengan tidur yang kurang selesa. Cuaca dunia sekarang bertambah panas dan kadangkala hujan dengan tiba-tiba, mengakibatkan pelbagai kekeliruan, keletihan, sakit-sakit badan dan emosi yang bukan-bukan. Dan dalam situasi begini kita sering mengharapkan agar ketenangan akan di sisi kita dan sememangnya ia perlu datang dan mendampingi kita.
Aku melihat beberapa pentafsiran kekeliruan yang berlaku daripada semalam sewal jam 8 pagi sehinggalah pagi tadi pada awal 6.30 pagi. Aku keliru meletakkan siapa diri aku, kerjaya aku, siapa orang yang boleh didampingi, siapa orang yang boleh dipercayai dan apa sahaja yang boleh aku tafsirkan dengan fikiran yang terbaik.
Pagi semalam, aku berjaya melepaskan kekeliruan aku apabila aku terhilangkan P.O yang telah dikeluarkan oleh pihak UKM. Puas aku mencari dan akhirnya aku menyerah dan menghubungi pihak UKM. Lantaran itu, aku diminta membuat satu surat rasmi dengan dikepilkan salinan P.O yang hilang. Mujurlah semasa mula-mula dapat, aku ada membuat salinan dan ia memang dah jadi satu rutinku setiap kali aku menerima P.O atau L.O daripada mana-mana jabatan atau organisasi yang aku bekerja. Dan akhirnya tanpa difikirkan, aku menemuinya semula di pejabat utama di Ampang yang membuatkan aku menarik nafas lega dan nafas keluhan, 'bagaimana ia boleh berada di sini?' Dan jawapannya... mungkin kekeliruan semasa sikap tergesa-gesa untuk menyiapkan tender seminggu sebelumnya memungkinkan aku terambil, atau stafku terambil... langsung ia berada di situ! Dan pagi semalam aku berjaya menghantarnya, dan pegawai UKM dalam tersenyum seakan-akan mengetawakan sikap blur aku... Tapi akhirnya cop dan signature setuju terima menjadi habuan aku dan aku terlepas daripada persolaan yang aku simpan selama ini.
Jam 10.00 pagi semalam, stafku bernama Aiman, dalam situasi kelam-kabut menyatakan kepeningannya sebab dalam 1 masa 4-5 quotation, request price, spec-in dan sebagainya menyerang sisi tepi kanan, kiri dan semua arah! Aku tersenyum melihat gelagatnya yang sentiasa kelam-kabut, bercakap kuat dengan loghat kedahnya kadangkala tebal, berkata itu dan ini dan kadangkala menemui aku di bilik pengurus di Putrajaya. Aku seperti biasa, sebelum aku memulai kerja-kerja aku, aku suka melihat-lihat apa perkembangan kerja staf-staf aku dan aku tahu mereka mulai faham dan ada keinginan tinggi untuk mencapai sasaran yang mereka letakkan sebagai janji dengan senior pengurus.
Jam 12.00tghari, aku ambil tender uniten seperti biasa dan aku hantar seperti biasa... kelirunya sebab tak pernah pecah 'te;ur' di situ. Aku cuba dan cuba dengan uniten dah hampir 3 tahun tapi projek kecil ke besar ke... tak pernah dapat! Aku mengenali Puan Raja di situ sebagai senior admin, tetapi aku rasa dia juga berpolitik dengan syarikat-syarikat yang berurusan dengan dia. Pernah sekali dia cuba membantu aku dan aku hampir-hampir dapat 1 projek kecil bernilai dalam 3k macam tu. Tapi last minit, Puan Raja bagitau, pembelian itu dibatalkan. Ada ke?
After ke Perolehan, tafsiran aku menemui jalan keceriaan bila dihadiahkan sebiji LCD Projector! Tak sia-sia menanti hampir 5 bulan tempoh berkenalan dengan Puan Zunita, sebagai test market dan cubaan pertama, dia bagi la seunit LCD Projector yang rosak untuk dibaiki. Erm.. Ok la... Ask Proxima C160, problem Fan Stop. Aku rasa sama ada mainboard, heat censor atau fan itu sendiri. Apa-apa hal pun, rosak kena lah baiki. tanya pasal bajet per pembaikian, Puan Zunita minta propose. So today aku hantar... Harap-harap lulus la ujian itu.
Malam... Jam 10.00 malam, masalah rumahtangga menjadi perkara biasa. Yang mengelirukan fikiran aku, ada ke isteri dok kl, suami dok n.9 dan perkara ini boleh berlaku sekian lama? Dan masalah ini disuarakan pada aku untuk minta pendapat dan aku terperangkap dengan persoalan... Siapa bersalah dan siapakah patut dipersalah kan??? Aku lelaki, dan aku rasa aku perlu memelihara dan bersetuju dengan suami-suami di Malaysia ni tapi... Bila suami mementingkan ibu... (Tak salah kan?), Suami tak mahu bekerja di KL (Tak salah juga kan?), Suami suka berperasangka.. (Ala jeles... biasa la...), Suami suka menuduh isteri suka keluar malam (Erm... munasabah!) dan macam-macam la... Tapi bila dipihak isteri menyatakan Suami tak pernah memberikan nafkah (duit belanja) (Alamak!), Suami menuduhnya walaupun dia memang betul-betul bekerja (Erm... ada bukti ke?), Suami tak bertanggungjawab dan berpura-pura (Lagi susah aku nak terjemahkan pura-pura tu), Suami bermain kayu tiga (Berat ni), Suami suka menangguh bayaran dan suka berhutang (Erm... no komen!). Hah! Nampak tak aku pergi kemana? Vayes kan? So aku tak nak masuk campur sangat dan hanya menjadi pemerhati yang terus-terusan keliru!
Pagi tadi jam 7.00 pagi, aku bangun dalam keadaan terpana-pana sebab isteri aku marah itu dan ini. Selalunya yang menguruskan keluarga kalau pagi... aku! Dan pagi ni aku kesiankan anak sulung aku sebab dah dimarahi macam-macam. Wife aku sometime memang merimau jerk.. Ada lah tu kitaran apa-apa yang sepatutnya elok jadi tak betul pagi-pagi ni. Kadang-kadang aku juga ksiankan dia sebab selalu jadi mangsa keadaan di mana aku jarang dapat bercuti dan lari-lari untuk hantar anak yang selalu ada rawatan mingguan dan special treament di hospital pakat serdang. Tapi aku dah cuba sebaik-baiknya untuk menjadi hubby yang lebih bertanggungjawab... Cuma masa kerja aku cukup memeningkan aku. Walau camner pun aku tetap cuba membantu mana yang sempat kerana masa menjadikan aku hubby yang tak setia pada janji masa nak ambil bila, nak hantar bila!
Dan untuk menadi hubby yang baik, adalah sanggup melayan keadaan wife walau apapun situasinya... dan kekeliruan itu berakhir di akhir penulisan ini...
9 tahun yang lalu

0 Lalat:
Catat Ulasan