Isnin, 25 Mei 2009

Tidak Salah Mencuba

Tidak salah mencuba... Jika mencuba itu ada asasnya. Dan dalam porsoalan mencuba kadangkala terbit juga rasa sangsi dalam jiwa bahawa, kalaulah kita mencuba dan percubaan itu hanya untuk 'semata-mata' mencuba! atau sekadar suka-suka nak memalukan diri sendiri kerana percubaan itu... lupakan saja lah! Kerana ia memberi kesan sebaliknya... Bukan kah baik jika percubaan itu diiringi dengan keazaman dan penilaian yang tersendiri agar percubaan itu nampak jayanya...

Ketara... bila aku berikan contoh, percubaan memikat wanita! Kerana aku sering diberi perbandingan, dalam urusan kerjayaku, client adalah seumpama seorang wanita... Ya... kalau salesman nyer adalah lelaki dan begitulah sebaliknya.... Jika mereka adalah seseorang yang penting untuk kita pikat... mestilah kita mempunyai skill dan panduannya yang tertentu agar percubaan demi percubaan itu dapat dilakukan dengan berkesan dan teratur...

Dalam kehidupan juga kita mencuba... Selalu kita mendengar, kita mencuba nasib dengan pekerjaan A, B atau C dan mencuba nasib lagi jika dapat tawaran lebih baik daripada syarikat lain... Erm... Cara begini kadangkala mengundang kekurangan pada pengalaman kerana bagi aku, kenapa tidak kita fokus pada tugas dan amanah dalam sesebuah organisasi jika kita ingin maju... Dan karenah mencuba dan mencuba tanpa ada lapik alas yang kukuh, kaitnya yang tidak mudah lerai dan tebalnya yang nipis... Kenapa aku ibaratkan kain alas??? Kerana nasib adalah di bawah kaki kita sendiri... Dan kita menentukan nasib itu dengan rasa sayang atau jijik untuk meninggalkannya...

Dan hari ini aku terus mencuba nasibku dalam tender-tender yang aku masuk! Dan aku harap, percubaan ini berasaskan kesabaran dan penilitian yang tepat dan dapat! Insya Allah...

Ahad, 24 Mei 2009

Berubah

Berkualitikah perubahan jika ia capai dalam masa sedetik?
Berkekalankah ia jika ia dilakukan dalam masa sesingkat hujan lalu?
Terkesimakah diri jika perubahan-perubahan ini direalisasikan kerana sebuah harapan yang tunjangnya adalah kasih sayang...

Jika perubahan diri, kerjaya dan masa hadapan sebenarnya kerana kasih dan redha Allah, aku bersyukur teramat dalam kerana masih diberi peluang menghargai, mencintai dan berubah kerana DIA menghantar aku peringatan melalui kehidupan insan aku...

Dan aku mengucapkan syukur pada tuhan kerana peluang ini.... Amin...

Undang-undang Manusia

Membaca berita mengenai Dato' Nizar dan Dato' Zambry, mengenangkan aku semula cerita lama. Aku berpendidikan undang-undang juga. Undang-undang Malaysia, Undang-undang Jenayah, Sivil, Keluarga dan pelbagai lagi, aku studi dalam tempoh 3 tahun semasa aku di kolej... Akhirnya semasa aku masuk universiti, setelah setahun pertama mengambil pengajian umum, aku akhirnya mengubah minatku kepada ekonomi...

Semuanya pincang! Undang-undang manusia sekarang semakin ampuh, tak logik, dipengaruhi politik dan hilang kuasa keadilannya. Apabila kuasa eksekutif mengatasi kedaulatan undang-undang tersebut maka semakin huru-hara dan ketelusannya hilang di tiup angin...

Sebagai seorang pembaca dan aku bukanlah pengamal undang-undang yang baik, kemelut Perak sepatutnya dihalusi dan dipegangi oleh orang-orang yang asasnya mahu memperlihatkan ketelusan dan kedaulatan undang-undang... Hilang dan mati keinginan aku semasa belajar undang-undang di kolej belasan tahun lalu juga kerana aku berpendapat, undang-undang BRITISH yang diamalkan di Malaysia semakin kabur dan kelam... Dan ianya bermula dengan kehancurn kepercayaan rakyat tatkala DSAI diperlakukan ketidakadilan yang sama. Mempercayai hukum karma dunia bahawa kehidupan ada hitam dan putih, tetapi bila kedaulatan kehakiman dipertikaikan, ke mana lagi keadilan itu dapat di cari?

Sisi Hitam dan Putih

Setiap insan di dunia ini ada sisi hitam dan putih masing-masing... Setiap hari pun dunia ini bagaikan roda yang berputar. Ditafsirkan bumi itu bulat dan ia juga mengelilingi matahari... Berlaku juga hitam dan putih dalam kehidupan iaitu malam dan siang... Persoalannya, di manakah kita dengan tuhan tatkala kita di sisi putih? Kenapa kita sering bersama tuhan jika kita di sisi hitam? Fikirkan lah....

Kepimpinan...

Teringatkan kata-kata seorang pemimpin, bawahan pemimpin yang muncul adalah daripada buaian yang tangannya dibuai oleh seorang wanita! Wanita Unggul dan Solehah seperti Siti Khadijah Radhiallahu Anha, Siti Aishah Radhiallahu Anha, yg mana mereka adalah zujah2 Rasulullah adalah wanita yang mempunyai sifat paling terpuji di alam fana ini. Dan adakah masih ada lagikah benih-benih dalam wanita sekarang yang melahirkan wanita-wanita contoh ini??? Dan aku akui, sukar untuk ditemui dan amat jarang untuk dikenali kerana ia bersifat sungguh subjektif dan ciri-cirinya mungkin dinilai dari keadaan semasa berbanding dengan keduniaan yang lalu pada zaman awal hijrah...

Kepimpinan wanita boleh diuji dengan ketabahan dan kesungguhan. Kekuatan mereka sebenarnya ada tetapi disekat dan dikongkong oleh banyak perkara. Aku melihat daripada banyak faktor yang mendorong wanita memimpin, sama ada pimpin dirinya, pimpin anak-anaknya, boleh dikatakan memimpin suaminya jika berkahwin dan memimpin lelaki-lelaki yang dikenali jika wanita-wanita ini mampu memimpin...

Aku selalu perhatikan rakan-rakan sekerja yang bekerja di sektor awam dan swasta. Kepimpinan wanita itu terserlah jika kehidupan selepas kerja semakin baik dan baik dan keharmonian sebuah keluarga yang dinikmati itu membentuk kepimpinan kerja mereka pada hari esoknya. Secara kasarnya, wanita akan mempunyai mutu dan kualiti kepimpinan kerja yang tinggi jika perhubungan dan komunikasi mereka pada hari semalamnya berjalan lancar! Tak percaya? Lihatlah wanita... Jika mereka mempunyai kehidupan kelabu pada malamnya, maka esoknya, kepimpinan kerja dan komunikasi mereka agak terganggu dan kacau bilau.

Bagaimana dengan wanita bekerjaya tetapi masih tidak mempunyai faktor2 kekeluargaan selepas jam 6pm? Erm... sudut sisi aku menafsirkan... mereka sebenarnya 'kehilangan'. Ramai wanita berjaya mempunyai sudut kepimpinan dan komitmen kerja yang baik dan berkualiti tetapi mempunyai sisi kesunyian dan kedukaan. Begitu pandangan aku! Dan aku tidak dapat menidakkan faktor umur, faktor biologi diri wanita itu, kewangan dan masalah famili membantu dan mengubah persepsi kerjaya...

Wanita yang semakin meningkat usia tetapi tidak berkahwin kadangkala mempunyai emosi yang lebih kacau dan tidak menentu... Aku mengenali hampir 4-5 orang kawan-kawan yang seusia aku tetapi belum bertemu pilihan hati... Teringat kata-kata dalam sebuah filem melayu...

Jodoh Syaitan, Jodoh Jin dan Jodoh dari Allah...

Bukan mudah bertemu Jodoh yang ketiga tetapi usaha dan usia kenalah dipadankan dan menurut kata-kata bos ku semalam kami sales training (ninja sales) dipanggil, dalam apa jua plan yang dilaksanakan, dalam apa jua kerja yang dilakukan, kena ada 3 perkara:

1. Thinking, fikir banyak perkara, kemungkinan, keperluan, solutioin dan kesan dari setiap keputusan dan perbuatan.

2. Communication, penting! Tidak akan tercapai sebuah kejayaan dan kepimpinan jika sesebuah komunikasi itu gagal dimanfaatkan dan gagal dilaksanakan. Jika berkehendakkan sesuatu, kena nyatakan secara jelas dan lancar.

3. Position, di mana letaknya diri kamu? Sangat urgent? Tangguh? Segera? atau di mana level keutamaan kamu? Kalau difikirkan kerja lebih penting dan fokusnya di situ, maka letakkan diri kamu di situ agar ia memudahkan kamu....

Kaitan dengan 2-3 perkara yang aku sebutkan tadi adalah, wanita juga ada peranan kepimpinan. Dan jika kepimpinan itu memberi kesan yang baik dalam diri kita, kita menerima dan aku tidak sesekali memperlekeh atau mempersoalkan mereka, kerana komitmen wanita dalam memimpin banyak perkara telah terbukti.... Cuma jika di pandang siapa penyokong belakang mereka, aku kadangkala tertanya-tanya... Suami? Anak-anak? ibubapa? kekasih? atau siapa???