Sabtu, 2 April 2011

Memperbodohkan... diperbodohkan atau memang bodoh? Part 1

Assalamualaikum WBH...

Last En3 aku Januari 2011...
Memang banyak perkara yang ingin aku kongsikan... Lebih-lebih lagi yang melibatkan tentang diri aku sendiri... keluarga aku... anak-anak aku... adik-beradik aku... umi abah... rakan-rakan opis... seseorang yg pernah menyentuh hati aku... dan kehidupan aku kini...

Januari 2011 telah aku buka diari kehidupan aku dgn penuh harapan dan doaku semoga apa yg telah aku putuskan agar ia menjadi penyelesaian dr apa yang telah berlaku pada aku selama ini... Aku cuba berfikiran positif.. menganggap setiap apa yg berlaku adalah takdir... dan merelakan diri menjadi taruhan takdir itu. Aku tahu bukan sedikit dugaan menyentuh aku lantaran dosa2 dan kesilapan yg telah aku lakukan seumur hidupku... aku telah masuk ke kancah hitam itu... untuk menyesali dan menangisi perbuatan itu hanya Allah Maha Pengampun sahaja rujukan aku... Dan aku akan menangisinya sepanjang hayatku. Harapan aku agar taubatku diterima... Ya Tuhan... Aku memang bodoh melakukannya dan terasa amat memperbodohkankan diri...! Itulah kejujuran yg boleh aku katakan dan pengajaran paling besar bagi aku yang bernama insan di dunia...

3 bulan 2011, aku dibayangi dengan pelbagai perasaan... Mengungkapkan selamat hari lahir pada seseorang yang telah menjadi isteri orang... memberikan ia nasihat dan semangat walaupun di dalam hati, aku meraung sendirian...!!! sesungguhnya sepakan, tamparan, terajang dan hentaman padu yg aku dapat pada 27 Julai 2010 yang lalu masih terasa lagi sehingga kini!!! Lantaran itu aku memendam perasaan dendam pada diri empunya diri yang pada aku dia sengaja menyakiti jiwa dan hati aku yg ingin membersihkan dan membayar segala kesalahan aku yg lalu! Tetapi aku gagal untuk melakukannya!!! Bodohnya aku! Kenapa aku terus memperbodohkan diri aku dengan bersikap kepuraan dan dendam??? Kenapa aku jadi begini? Ya tuhan!!!

Bergelumanglah aku dalam dunia aku sendiri... Bekerja seadanya... datang meeting... pergi appointment... buat pembentangan... laporan... analisis kerja, marketing dan planning stategi... aku akui aku menjadi 'seseorang' bila aku bekerja... tetapi aku gagal menjadi 'seseorang' itu bila aku pulang ke rumah... tanpa ada kerja khusus yang ingin aku lakukan... dan akhirnya aku membiarkan rasa rindu, rasa emosi, marah... dendam dan perkara untuk menyakitkan hati itu mekar... dan akhirnya aku terus menyalahkan dia!!! Memang dia yang salah! kenapalah dia melakukannya??? kenapa? kenapa? bodoh lagi kan aku?

Hampir setiap minggu, weekday dalam 2-3 kali, suara anak-anak itu aku dengari... ceria dan menggembirakan aku... kadangkala air mata jernih lelaki ini menitis bila terdapat perkataan dan permintaan yg aku x dapat laksanakan... jika dulu akulah tempat mereka meminta... dalam taku2 pun, mira kak ngahku akan meminta untuk membelikan dia itu dan ini... dan mira dapat sebab aku amat menyayangi mereka... kehidupan 8 tahun yang aku lalui dulu, setiap pagi rutinku dengan anak2 akan menjelma bila aku berkata-kata dengan mereka... Iman... anak lelaki pertamaku... aku kesian kat Iman... aku tak puas bermain dengan dia dalam satu keluarga yang sempurna... Iman... maafkan abi ye nak...! abi tahu abi salah dan kesalahan abi bukan abi seorang! umi pun sama memikulnya... Anis kak long... abi tahu kak long faham... sesusia 6 tahun... kak long telah pun matang... dan abi tahu.. kemalangan atas dirimu bukan salah umi... umi amat sayang pada kak long... tetapi kelalaiannya yang aku tak dapat maafkan! sekian kalinya aku tidak memperbodohkan diriku dalam catatan perenggan ini...

... bersambung!

Wassalam...

-irzary-

Ahad, 9 Januari 2011

Selamat Tinggal 2010

Salam,

Aku dah terlalu lama meninggalkan bidang penulisan. Satu bidang seni yang memang aku minat dan ingin aku selami di dalamnya. Karya seniku hanya untuk kepuasanku. Dan kepuasan itu boleh membuatkan jiwaku tenang...

Blog 'Sudut Pandang Sisisku' adalah yang aku khususkan untuk aku berbicara, menukil, melakukan coretan dan bercerita. Tak lain juga aku boleh mengkritik, memberi pandangan dan menyatakan apa sahaja di belah sisi kiri kananku. Dan atas asas itu aku membuka blog ini...

Maafkan aku blog! Terlalu lama aku meninggalkan sisi ini. 2010 terlalu banyak kesilapan aku lakukan. Hanya sekelumit kenangan indah sahaja yang ada untuk aku kenang. Dengan pengalaman pahit perit dan tidak terjangka berlaku, aku cuba menutup semua itu dengan sekelumit rasa kebahagiaan di hujungnya. Alhamdulillah... aku temuinya dan aku tidak akan mensia-siakannya.

Buat anak-anakku, abi mohon ampun dan maaf atas dosa abi dan umi. Jika tidak masuk campur keluarga, kita tetap masih bersama selamanya. Hanya masa dan amarah ibubapamu menyebabkan ini berlaku. Abi tidak mahukan ini berlaku. Abi cuba mengambil sikap membuka ruang, memberi lebih masa dan menghulur kemaafan dan kembali kepangkuan... tetapi perpisahan juga dituntut dengan rasa tidak sabar, mengikut nafsu, mengiyakan mereka yang suka kita berpisah dan menghancurkan ikatan kekeluargaan abi. Abi redha dan pasrah anak-anakku...

Buat seorang insan istimewa... maafkan aku. Aku tidak dapat menerimamu lagi. Sedangkan apa yang berlaku setahun dulu, kau tahu dan kau selalu di sisiku. Oleh kerana itu aku akur dengan rasa kasih dan sayang kepadamu. Tatkala ikatan sedang di rancang, atas nasihat ibubapaku... Kau pergi dan menghilang dengan kejam dan penuh tragis... Kau insan kedua membuatkan airmata lelakiku ini mengalir dan hiba... Bukan sehari dua malah berminggu lamanya aku menahan resah setelah penghinaan dan salah laku insan pertama terhadap aku... Dan kini aku belajar apa erti sebenar kasih sayang manusia... Ia hanyalah seketika... Ia... Ia sementara semata... Terima kasih atas kasih sayang dahulu...

4 kenangan indah bersama anak-anakku... Anis, Mira dan Eman... Percutian kita di Pahang, KL, Port Dickson membahagiakan abi... Sambutan Hari Raya Idulfitri bersama abi... Kenduri kawin Makteh Epah pada 10.10.10 dan terakhir percutian kita ke Utara dan KL... Semuanya menggamit memori indah untuk abi... Terima kasih anak-anak abi... Walaupun anak-anak abi bersama umi, tapi abi percaya dan gembira, abi masih boleh bertemu, bersua dan bersama kalian... Belajar lah rajin-rajin... Naik tingkatan nanti kita akan bersua di Kuala Lumpur!

Kerjayaku... Aku dinobatkan the best Sales Person buat sekian kalinya... Rasanya bermula aku bekerja di Starza pada tahun 2006, tiada lagi sales person lain yang menyaingiku... Alhamdulillah. Dan tahun lalu aku made 1.4M dgn 432k GP. Syukur... Rezeki anak2...

Secara amnya, 2010 mencatatkan rasa resahku dan persaingan kehidupan dalaman yang perlu aku tempuhi... Aku mungkin tidak ada masalah dengan karenah dengan anak2.. Tapi masa kosongku, rinduku dan masa tidurku sunyi... Dan aku perlu mencari teman itu... Aku doakan aku masih boleh mencari cinta manusia dan membajai kasih-sayang itu... Gila cinta kah aku? Kalau lah itu istilahnya... Ye lah agaknya...

Itu saja secara umumnya dan secara rasmi aku ucapkan "SELAMAT TINGGAL 2010"

Rabu, 7 Julai 2010

Berakhirnya Episod Cinta

Ia telah berakhir dan hanya yang ada sayang menyayangi dan hormat menghormati...

Sebagai insan di dunia pernah tak kita terfikir bahawa suatu hari nanti kita akan kehilangan kecintaan kita sesama manusia... Bersediakah kita untuk menghadapi saat-saat penuh emosi seperti ini???

Aku telah melaluinya dan melaluinya lagi... Satu ketika dulu aku pernah rasa seperti hilang rasa cinta... Dan ku tangisi bakal perpisahan ini. Lama kelamaan aku tersedar di dalam dunia ini tiada apa yang kekal.... Mencintai seseorang hanya akan membawa kesdihan dan aku redha bahawa kehidupan mendatang dan rasa tanggungjawab perlu diteruskan...

Dan aku kini hanya takut satu sahaja kehilangan.... Kehilangan cinta kepada Allah....

Amin....

-Irzary-

Isnin, 31 Mei 2010

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-8

Salam...

Hening pagi ini izinkan abang bercerita...
Cerita kisah cinta kita semasa kali pertama kita bersua...
Kali pertama kita menyuarakan rahsia hati...
Pertama kali kita mengikat janji...

Abang masih teringat, tika mana katamu dulu, hatimu bertaut pada abang bila mana kau temui sebuah catatan pena, karya ilham abang!
Masa itu kau memberitahuku insan itu adalah irzary!
Nama yang sememangnya tiada di dalam senarai daftar nama pelajar di sekolah...
Dan kau mula berkira-kira, insan itu mungkinkah zairi? ataupun mana2 insan yang mungkin mempunyai nama berakhir dgn 'ri' di akhirnya....

Dan akhirnya hujung tahun itu barulah kau mengetahui insan itu adalah abang!
Mazri!
Itulah kesannya tulisan karyaku di masa itu... "Tangisan dalam Kejayaan"... dan diakhiri cerpen itu setahun selepas itu dengan "Kejayaan dalam Tangisan"
Aku ditemukan dgn seorang gadis yang memendam perasaan pada irzary!

Minggu berganti minggu, abang pula semakin mengenali erna!
Nama pena seorang insan yang abang kenali hingga kini...
Pena erna itu hilang diganti dengan anisa... apabila nama itu abang ilhamkan dan akhirnya setelah kita bersatu pada 31 Mei 2002, anak pertama kita dinamakan sempena nama anisa!
Hingga kini, anisa menjadi perkongsian permata di samping anak-anak lain, Mira dan Aiman....

Ingatkah lagi dengan nama David Wong Siu Long, dgn secebis foto bernama Muhammad Aiman yang begitu comel, menjadi impianmu dan impianmu.
Kau mengatakan abang mirip dgn penyanyi tersebut... Dulu? Mungkin ya...
Sekarang? lagi hensem kot? Dan anak itu? Namanya sama... tp fizikalnya tidak sama...

Ingat lagi saat bila anak-anak kita dilahirkan???
Anisa dilahirkan pagi! Dah jenuh abang bgtau nurse minta dia call aku jika kau sakit... Akhirnya ketibaan aku di wad dan melihat kau sihat melahirkan anak pertama kita! perempuan! dan kita namakan anisa.... Ingat lagi... Masa tu abang terpaksa hutang dgn hospital sebelum dapat keluar dan bawa balik ke sungai tangkas! Maklum la... kau x kerja gomen lagi dan abang hanya teknikal biasa... Kelam kabut sungguh masa tu!

Anak kedua masa kau dapat gomen. Amira yang kau kandungkan itu memberikan banyak masalah kerjaya pada kau tetapi tuhan  maha kuasa, kau dapat atasi semua masalah itu! Dan akhirnya Amira dilahirkan semasa aku dlm perjalanan ke hospital serdang dgn menaiki motor! Sampai di hospital abang diberitahu, kita dah mendapat anak kedua... Masa tu... bil2 dah cover oleh hospital kan??? Dan masa itu kita bawa balik Mira ke Sg Merab.... (masa tu kita dh berpindah buat kali 5!)

Dan rezeki dan kuasa allah lagi, kau mengandung lagi setelah umur Mira 5 bulan... ketika mana kau semakin sibuk dgn kerjaya guru kau dan Aiman selamat dilahirkan 9 bulan selepas itu pada bulan November...

Kenangan2 ini sebenarnya amat manis untuk kita kongsikan dan raikan bersama anak2 dan abang nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengenali abang, menerima abang, melahirkan anak2 abang, memasak, membasuh baju, menyediakan keperluan asasi zahir dan batin dan kadangkala memberikan duit dan pendapatanmu selama ini...


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 8... TERIMA KASIH SAYANG!

-irzary-

Rabu, 26 Mei 2010

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Penangan Shahir AF8!
Aku tak pernah follow apa citer AF ni sebenarnya sehinggalah keluar MTV lagu ni dan aku tertanya2, siapakah Shahir ni? Dan tanganku cepat menekan button merah Astro untuk mendapatkan jawapan dan barulah aku jumpa kepastian... "Oh! Budak AF!"

"Not bad!" Itu lah yang bermain di fikiranku. Dengan sentuhan lagu Edry, lagu ni bait pertama dan kedua melodinya mengingatkan aku pada lagu Casey, Jangan ada benci (cuma melodinya kalau dilajukan, bunyinya agak kena).. Dan korusnya pun aku pernah dengar cuma aku lupa lagu apa... Tapi boleh aku katakan, originaliti lagu ni kureng la sebab rasa macam lagu cantum-cantum!

Tetapi aku suka dengan bait lirik lagu ini.
Tidak la puitis tetapi maksud dan penceritaan agak terang dan mudah difahami.
Cuma kalau tengok pada MTV nya kita akan tertanya2, apa kaitan dgn kapal terbang terhempas? penumpangnya mati? Hurm... itulah kreativiti agaknya....

Nak menghanyati liriknya???
Boleh... aku paste kat sini... Kita hayati la sama2 ye?

Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada

Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur 


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)
Kebahagiaan.. dalam perpisahan..