Salam...
Hening pagi ini izinkan abang bercerita...
Cerita kisah cinta kita semasa kali pertama kita bersua...
Kali pertama kita menyuarakan rahsia hati...
Pertama kali kita mengikat janji...
Abang masih teringat, tika mana katamu dulu, hatimu bertaut pada abang bila mana kau temui sebuah catatan pena, karya ilham abang!
Masa itu kau memberitahuku insan itu adalah irzary!
Nama yang sememangnya tiada di dalam senarai daftar nama pelajar di sekolah...
Dan kau mula berkira-kira, insan itu mungkinkah zairi? ataupun mana2 insan yang mungkin mempunyai nama berakhir dgn 'ri' di akhirnya....
Dan akhirnya hujung tahun itu barulah kau mengetahui insan itu adalah abang!
Mazri!
Itulah kesannya tulisan karyaku di masa itu... "Tangisan dalam Kejayaan"... dan diakhiri cerpen itu setahun selepas itu dengan "Kejayaan dalam Tangisan"
Aku ditemukan dgn seorang gadis yang memendam perasaan pada irzary!
Minggu berganti minggu, abang pula semakin mengenali erna!
Nama pena seorang insan yang abang kenali hingga kini...
Pena erna itu hilang diganti dengan anisa... apabila nama itu abang ilhamkan dan akhirnya setelah kita bersatu pada 31 Mei 2002, anak pertama kita dinamakan sempena nama anisa!
Hingga kini, anisa menjadi perkongsian permata di samping anak-anak lain, Mira dan Aiman....
Ingatkah lagi dengan nama David Wong Siu Long, dgn secebis foto bernama Muhammad Aiman yang begitu comel, menjadi impianmu dan impianmu.
Kau mengatakan abang mirip dgn penyanyi tersebut... Dulu? Mungkin ya...
Sekarang? lagi hensem kot? Dan anak itu? Namanya sama... tp fizikalnya tidak sama...
Ingat lagi saat bila anak-anak kita dilahirkan???
Anisa dilahirkan pagi! Dah jenuh abang bgtau nurse minta dia call aku jika kau sakit... Akhirnya ketibaan aku di wad dan melihat kau sihat melahirkan anak pertama kita! perempuan! dan kita namakan anisa.... Ingat lagi... Masa tu abang terpaksa hutang dgn hospital sebelum dapat keluar dan bawa balik ke sungai tangkas! Maklum la... kau x kerja gomen lagi dan abang hanya teknikal biasa... Kelam kabut sungguh masa tu!
Anak kedua masa kau dapat gomen. Amira yang kau kandungkan itu memberikan banyak masalah kerjaya pada kau tetapi tuhan maha kuasa, kau dapat atasi semua masalah itu! Dan akhirnya Amira dilahirkan semasa aku dlm perjalanan ke hospital serdang dgn menaiki motor! Sampai di hospital abang diberitahu, kita dah mendapat anak kedua... Masa tu... bil2 dah cover oleh hospital kan??? Dan masa itu kita bawa balik Mira ke Sg Merab.... (masa tu kita dh berpindah buat kali 5!)
Dan rezeki dan kuasa allah lagi, kau mengandung lagi setelah umur Mira 5 bulan... ketika mana kau semakin sibuk dgn kerjaya guru kau dan Aiman selamat dilahirkan 9 bulan selepas itu pada bulan November...
Kenangan2 ini sebenarnya amat manis untuk kita kongsikan dan raikan bersama anak2 dan abang nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengenali abang, menerima abang, melahirkan anak2 abang, memasak, membasuh baju, menyediakan keperluan asasi zahir dan batin dan kadangkala memberikan duit dan pendapatanmu selama ini...
-irzary-

0 Lalat:
Catat Ulasan