Ahad, 24 Mei 2009

Kepimpinan...

Teringatkan kata-kata seorang pemimpin, bawahan pemimpin yang muncul adalah daripada buaian yang tangannya dibuai oleh seorang wanita! Wanita Unggul dan Solehah seperti Siti Khadijah Radhiallahu Anha, Siti Aishah Radhiallahu Anha, yg mana mereka adalah zujah2 Rasulullah adalah wanita yang mempunyai sifat paling terpuji di alam fana ini. Dan adakah masih ada lagikah benih-benih dalam wanita sekarang yang melahirkan wanita-wanita contoh ini??? Dan aku akui, sukar untuk ditemui dan amat jarang untuk dikenali kerana ia bersifat sungguh subjektif dan ciri-cirinya mungkin dinilai dari keadaan semasa berbanding dengan keduniaan yang lalu pada zaman awal hijrah...

Kepimpinan wanita boleh diuji dengan ketabahan dan kesungguhan. Kekuatan mereka sebenarnya ada tetapi disekat dan dikongkong oleh banyak perkara. Aku melihat daripada banyak faktor yang mendorong wanita memimpin, sama ada pimpin dirinya, pimpin anak-anaknya, boleh dikatakan memimpin suaminya jika berkahwin dan memimpin lelaki-lelaki yang dikenali jika wanita-wanita ini mampu memimpin...

Aku selalu perhatikan rakan-rakan sekerja yang bekerja di sektor awam dan swasta. Kepimpinan wanita itu terserlah jika kehidupan selepas kerja semakin baik dan baik dan keharmonian sebuah keluarga yang dinikmati itu membentuk kepimpinan kerja mereka pada hari esoknya. Secara kasarnya, wanita akan mempunyai mutu dan kualiti kepimpinan kerja yang tinggi jika perhubungan dan komunikasi mereka pada hari semalamnya berjalan lancar! Tak percaya? Lihatlah wanita... Jika mereka mempunyai kehidupan kelabu pada malamnya, maka esoknya, kepimpinan kerja dan komunikasi mereka agak terganggu dan kacau bilau.

Bagaimana dengan wanita bekerjaya tetapi masih tidak mempunyai faktor2 kekeluargaan selepas jam 6pm? Erm... sudut sisi aku menafsirkan... mereka sebenarnya 'kehilangan'. Ramai wanita berjaya mempunyai sudut kepimpinan dan komitmen kerja yang baik dan berkualiti tetapi mempunyai sisi kesunyian dan kedukaan. Begitu pandangan aku! Dan aku tidak dapat menidakkan faktor umur, faktor biologi diri wanita itu, kewangan dan masalah famili membantu dan mengubah persepsi kerjaya...

Wanita yang semakin meningkat usia tetapi tidak berkahwin kadangkala mempunyai emosi yang lebih kacau dan tidak menentu... Aku mengenali hampir 4-5 orang kawan-kawan yang seusia aku tetapi belum bertemu pilihan hati... Teringat kata-kata dalam sebuah filem melayu...

Jodoh Syaitan, Jodoh Jin dan Jodoh dari Allah...

Bukan mudah bertemu Jodoh yang ketiga tetapi usaha dan usia kenalah dipadankan dan menurut kata-kata bos ku semalam kami sales training (ninja sales) dipanggil, dalam apa jua plan yang dilaksanakan, dalam apa jua kerja yang dilakukan, kena ada 3 perkara:

1. Thinking, fikir banyak perkara, kemungkinan, keperluan, solutioin dan kesan dari setiap keputusan dan perbuatan.

2. Communication, penting! Tidak akan tercapai sebuah kejayaan dan kepimpinan jika sesebuah komunikasi itu gagal dimanfaatkan dan gagal dilaksanakan. Jika berkehendakkan sesuatu, kena nyatakan secara jelas dan lancar.

3. Position, di mana letaknya diri kamu? Sangat urgent? Tangguh? Segera? atau di mana level keutamaan kamu? Kalau difikirkan kerja lebih penting dan fokusnya di situ, maka letakkan diri kamu di situ agar ia memudahkan kamu....

Kaitan dengan 2-3 perkara yang aku sebutkan tadi adalah, wanita juga ada peranan kepimpinan. Dan jika kepimpinan itu memberi kesan yang baik dalam diri kita, kita menerima dan aku tidak sesekali memperlekeh atau mempersoalkan mereka, kerana komitmen wanita dalam memimpin banyak perkara telah terbukti.... Cuma jika di pandang siapa penyokong belakang mereka, aku kadangkala tertanya-tanya... Suami? Anak-anak? ibubapa? kekasih? atau siapa???

Rabu, 20 Mei 2009

Harapan, Doa dan Zikir

Memiliki harapan untuk berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan hidup adalah semua impian semua insan di dunia. Tiada insan yang mahu hidupnya susah, sengsara, terganggu dengan keadaan yang memritkan, sakit, kecewa dan sebagainya. Dan aku sebagai insan juga mengharapkan agar perkara-perkara sebegitu tidak kerap berlaku malah sesekali aku sering berdoa agar 'jika tuhan nak menduga aku, jangan 'DIA' berikan dugaan yang terlalu memeritkan. Aku hanya manusia biasa yang kadangkala BOLEH putus harapan, menerima dugaan-dugaan MU!

Sesekali dilihat dalam keluhan tersebut, ego sangatkah aku? Memohon tidak diduga keterlaluan sedangkan aku adalah siapa? Hanya insan lali yang sering tuang... lewat-lewatkan ibadah padamu dan bermain dengan dosa dan pinggiran-pinggiran api neraka jahannam...

"ILAHI LASTULIL FIRDAUSI AHLA... WALA AQWAA ALAAN NAHRIL JAHIIM.... FAHABLI TAUBATAW WAGHFIR ZUNUUBI... IGHFIR ZUNUUUBI... IGHFIR ZUNUUUBI... FAINNA GHAA FIRUZ ZANBIL AZIIM..."
'Tuhanku aku tidak layak untuk syurgamu... Tetapi aku tidak pula sanggup untuk menanggung siksa nerakamu... Dari itu kurniakanlah, keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, Sesungguhnya, ENGKAULAH pengampun... DOSA-DOSA BESAR"

Amin...

Aku terlalu suka mengalun-alunkan nasyid tersebut! bagi aku bila aku menyanyikan ia dan mendendangkan dia secara personal dan kadangkala untuk melepaskan perasaan harapan aku itu.. Aku akan lepaskan dengan penuh perasaan...

Bagi aku, doa dan zikir merupakan salah satu cara meluahkan harapan dan mencurahkan perasaan salah, dosa, debu-debu perbuatan atau maksiat-maksiat pancaindera yang sering aku lakukan... Doa dan Zikir adalah 'UBAT' paling laris untuk makanan jiwa yang kadangkala meronta-ronta kegeringan dan kosong menacri penciptaNYA.

Korang terasa tak tiba-tiba jiwa kita akan kosong.... Bebanan kerja, kesibukan dan keriuhan pejabat kadangkala menjadikan diri kita lalai... Dan jika aku ingat semula, pernahkah aku mengingati tuhan dengan mengalun-alunkan bait-bait pujian untuk Ilahi? Kita sama-sama lah fikirkannya...

Amin

Ahad, 17 Mei 2009

Ahad

Hari ahad adalah hari yang selalu aku tunggu. Banyak perancangan yang aku boleh jana, boleh plan, boleh fikirkan untuk aku lakukan tanpa apa-apa gangguan daripada panggilan telefon eksekutif sales bawahku, calling daripada pihak pelanggan, bos! dan persekitaran daripada kerjayaku. Tapi biasanya Ahad-ahad camni, ummi aku la yang suka call dan bertanyakan aku jika perlu... Dan selalunya aku kantoi bila jam 10.00pagi aku masih dalam bilik tidur! "Along tak bangun lagi???" Erm... kalau aku terkantoi dan ummi aku dapati aku masih di bilik tidur. T, mesti dia syak aku belum Subuh... Padahal aku sebenarnya tidur semula! Ye la... Ahad kan... Biarlah badan nak bermanja-manja sedikit... Apa salahnya kan???

Aktiviti hari Ahad aku sebenarnya ada yang berulang.. Yang pastinya aku suka menghabiskan berjam lamanya melayari laman web tertentu bagi menambah pengetahuan aku terutamanya tentang kehidupan manusia, isu politik, sukan, ict dan berita. Aku juga salah seorang penggemar seni... X kisah lah seni apa... Janji yang berkaitan hobi aku iaitu alam, seni foto dan seni tulis... Secara ilmiah nya aku ini pencinta alam hijau... bercita-cita melancong ke sana-sini untuk menikmati alam khatulistiwa Malaysia yang permai ini... Aku juga seorang jurufoto amatur... Memiliki sebuah kamera DSLR yang baru berjinak-jinak dgn dunia foto dan akhir sekali aku menyukai novel, blog dan seni ilmunya... Yang pasti blog politik, cerita yang hamps2 bukan menjadi list utama aku...

So pada Ahad la aku selalu menghabiskan masa seminggu aku. Kadangkala aku ada banyak masa kebebasan untuk melaksanakannya dan kadangkala sambil aku menaip sambil mata dan telinga memerhati dan menegur anak-anak aku yang bermain di ruang tamu tepi sudut meja kerjaku di rumah....

Banyak perkara sebenarnya akan dirancang bila tiba ahad... Dan biasanya ia tak menjadi dek kemalasan dan hal anak-anak. Macam hari ni, asalnya nak ke Mid Valley... lastnya cadangan bertukar nak santai bawa anak-anak main buaian di Taman Tasik Permaisuri Cheras. Tak jadi juga sebab lewat dan bertukar lagi ke Taman Tasik Cempaka B.B. Bangi. Dan ahirnya tak pergi mana2 sebab hujan. Huh! Jenuh aku membasuh 'KEKASIH GELAPKU' iaitu kereta keluarga nan sebiji tu... Akhirnya bermandi hujan dia malam tadi... Hu hu hu

Berakhirnya Ahad minggu ini dan penantian aku pada Ahad yang seterusnya...

Apa yang aku buat Ahad ini untuk famili?
1. Belikan sarapan buat mereka
2. Nak gunting rambut tp terlalu ramai sangat customer akhirnya x jadi.
3. Tidurkan 2 orang anak sekaligus dan akhirnya aku juga tertidur dalam 1 jam
4. Melayani anak-anak sambil layan Sinetron Intan
5. Buatkan air teh buat adik kesayanganku (Ha ha ha)
6. Keluar malam tadi ambil notebook pd Sham
7. Layan bola (Chelsea) walaupun dh memang konfirm Team kesayanganku ini tempat ketiga EPL sesi 2008/2009 ni...
8. Beli 2 akhbar
9. Basuh Livina
9 Update blog...

Apa yang aku x buat?
1. Gunting rambut
2. Buat claim...
3. Update weekly activities Next Week
4. Review Sales dan report
5. Keluar ke Taman bawa anak-anak

Jumaat, 15 Mei 2009

Hired & Quit

Apa kaitannya?

Hired adalah lantikan... Anda datang memohon kerja. Sipenemuduga menemuduga korang dan mereka yakin dengan kredibiliti dalam kemampuan, pengalaman dan sikap telus korang, maka kamu diterima kerja...

Quit? Huh... apabila korang dh kerja, dah mencuba... x serasi... rasa stress giler... tension... Gaduh dengan teman-teman sejawatan, x boleh ngam dengan admin atau rasa x puas hati dengan syarikat... Terus bagi notis 24 jam untuk berhenti... Erm.. Adilkah?

Secara kasarnya aku melihat dua perkara ini secara lebih terperinci. Maaf la... Kalau ditanya berapa pengalaman temuduga aku... Berapa kali aku gagal? Dan adakah aku berpengalaman penuh? Jawapannya... aku x pernah temuduga dan kerja yang aku dapat dai dulu sampai sekarang adalah inilah...

Dan aku cukup jengkel dengan sikap-sikap budak-budak sekarang yang menoleh kepada kesenangan, kemudahan dan persepsi sendiri dalam menilai siapa dia, kelayakan dia dan kebolehan dia...

Sudah 7 tahun aku dalam industri pemasaran dan jualan. Eksekutif pemasaran dan jualan silih berganti. Ada yang aku rasa bagus dalam menjalankan amanah syarikat, akhirnya diminta tender letter kerana masalah disiplin yang mungkin syarikat' tidak dapat bersabar' lagi, berhenti pilihan kerana mendapat peluang kerja kerajaan, 'lari' kerana merasakan pendapatan dan peluang berjaya mereka bersifat statik dan tiada perubahan dan sebagainya.

Sepanjang aku menjadi eksekutif di NTP World Group of Company, aku ini adalah ekseutif yang ke-3 paling lama. Pada masa itu terdapat 6 orang eksekutif. Dalam starza, aku adalah eksekutif kedua dalam Starza... Dan kini aku adalah yang paling lama... erm... Daripada 6 orang eksekutif terdahulu hanya tinggal 2 org yang bertahan dan kami telah diberikan tanggungjawab lebih positif iaitu sebagai Unit Manager...

Kini telah 3 tahun aku menjadi Pengurus Unit. Pengalaman hired & quit terus menghantui team aku... Tahun 2007, aku kehilangan 2 orang eksekutif daripada 3 lantikan. Kemudian dilantik lagi 1 orang eksekutif menjadikan team aku ada 3 orang. Akhir tahun 2007, seorang lagi keluar... Dan aku tak perlu menunggu lama kerana pada awal tahun 2008, 2 orang lagi eksekutif dilantik atas saranan dan permohonan. Hujung bulan Ogos, aku kehilangan seorang eksekutif yang paling aku sayang... dia keluar kerana mendapat jawatan dalam kerajaan... Kesedihan dan kecelaruan fikiran aku terus berkekalan apatah lagi 2 orang eksekutif yang tidak dapat dikonfirmkan... Dan akhirnya seorang lagi eksekutif diturunkan level ke Sales Coordinator...

Apa lagi yang tinggal pada Unit aku? Beratnya dugaan.... Dan pada bulan 12 2008, aku menerima 2 lagi eksekutif. Aku tidak mahu meletakkan apa-apa harapan lagi... Tanggungjawab aku sebagai Pengurus Unit, aku lakukan seperti biasa... Dan berita gembira yang aku dapat ialah, seorang ekesutif aku disahkan jawatan dan dinaikkan gaji...

Sebenarnya trend lantikan jawatan dan berhenti kerja bukan satu perkara luar biasa dalam industri marketing & sales... Paling lama mereka bertahan adalah 6 bulan. Itupun melihat dan merenung nasib mereka dalam usaha mereka.... Jika mereka merasa mereka selamat, mereka akan teruskan tapi jika dengan usaha yang pada mereka dah 'plun' habis... tapi xde hasil... Pelbagai alasan, janji dan tunding jari diberikan jika mereka tidak berjaya.

Apa-apa pun alasan, hired & quit pasti akan berlaku lagi jika aku tidak berbuat sesuatu. Dan perkara terbaru yang aku dapat info daripada management syarikat adalah... JIKA MEREKA TIDAK BOLEH CONFIRM DALAM MASA 6 BULAN, SYARIKAT AKU MINTA TENDER LETTER DARIPADA MEREKA KERANA AKTA PEKERJA MENJELASKAN BAHAWA: SETIAP PEKERJA PERLU DIBERIKAN PENGESAHAN JAWATN SELEPAS 6 BULAN ATAU JIKA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN SYARIKAT AKAN DIKOMPAUN!

So salah aku ke jika mereka tidak confirm atau diminta tender letter?
Perlukah mereka quit kerana tiada harapan lagi untuk mencapai target yang diberikan?
Perlukah target dikurangkan agar mereka dapat capai dalam amsa 6 bulan?
Adakah WAJIB mengambil eksekutif yang berpegalaman kerana syarat-syarat ini???

Masalah Wanita

Aku tidaklah selalu mendampingi wanita yang aku kenali. Cukup sekadar mengenali atas nama kerja, berkawan atas tanggungjawab kerjaya dan kalau ada sosial life sekalipun sekadar makan-makan dan rehat selepas waktu bekerja. Itu biasalah bagi aku sebagai seorang Pengurus Pemasaran dan Jualan...

Tetapi dek ada sekeserasian dan kepercayaan, aku boleh bersikap terbuka dalam mengenali mereka dan selalu juga dijadikan sasaran bercerita kisah sendiri pada aku. Sebagai insan yang sejak dahulu biasa dalam mendengar dan memberi pandangan peribadi, keadaan selalu membuka peluang dah ruang untuk aku menyenangi mereka.

Kadangkala mereka bercerita dan berbicara, aku mendengar dengar setia, cuba berkongsi penyelesaian dan memahami punca persoalan. Kadangkala aku rasa aku boleh selesaikannya dan memberikan pandangan yang terbaik bagi mereka.

Aku juga manusia biasa. Juga ada masalah dan aku selalu merenungi diriku... Kalau aku ada masalah, orang lain lagi la bermasalah! Dan ada kalanya masalah yang aku dengar membuatkan aku dia terkedu sebelum meluahkan kata-kata seterusnya.

Pelik ya? Kenapa wanita suka mencari lelaki mencurahkan masalah mereka. Sedangkan orang lelaki... suka share sesama kaumnya jika ada masalah. Dan aku salah seorang daripada mereka. Dan kalau lelaki mencurahkan masalah pada wanita.. tak lain dari cerita masalah keluarganya, isterinya... isterinya.... atau isterinya.... kan??? kan?

Entahlah... dan masalah wanita sememangnya rumit difahami.... Tak nak lah aku dengar lagi... Er.. masalahnya... sampai hati ke aku???