Aku tidaklah selalu mendampingi wanita yang aku kenali. Cukup sekadar mengenali atas nama kerja, berkawan atas tanggungjawab kerjaya dan kalau ada sosial life sekalipun sekadar makan-makan dan rehat selepas waktu bekerja. Itu biasalah bagi aku sebagai seorang Pengurus Pemasaran dan Jualan...
Tetapi dek ada sekeserasian dan kepercayaan, aku boleh bersikap terbuka dalam mengenali mereka dan selalu juga dijadikan sasaran bercerita kisah sendiri pada aku. Sebagai insan yang sejak dahulu biasa dalam mendengar dan memberi pandangan peribadi, keadaan selalu membuka peluang dah ruang untuk aku menyenangi mereka.
Kadangkala mereka bercerita dan berbicara, aku mendengar dengar setia, cuba berkongsi penyelesaian dan memahami punca persoalan. Kadangkala aku rasa aku boleh selesaikannya dan memberikan pandangan yang terbaik bagi mereka.
Aku juga manusia biasa. Juga ada masalah dan aku selalu merenungi diriku... Kalau aku ada masalah, orang lain lagi la bermasalah! Dan ada kalanya masalah yang aku dengar membuatkan aku dia terkedu sebelum meluahkan kata-kata seterusnya.
Pelik ya? Kenapa wanita suka mencari lelaki mencurahkan masalah mereka. Sedangkan orang lelaki... suka share sesama kaumnya jika ada masalah. Dan aku salah seorang daripada mereka. Dan kalau lelaki mencurahkan masalah pada wanita.. tak lain dari cerita masalah keluarganya, isterinya... isterinya.... atau isterinya.... kan??? kan?
Entahlah... dan masalah wanita sememangnya rumit difahami.... Tak nak lah aku dengar lagi... Er.. masalahnya... sampai hati ke aku???
9 tahun yang lalu

0 Lalat:
Catat Ulasan