Aku semakin tak paham kenapa orang nak berpolitik?
Mana2 sebenarnya ada particular tentang itu dan semakin lama aku melihat sudut tepi aku tentang... makin aku rasa jengkelnya politik apabila ia bersandarkan pandangan minda sesetengah pihak yang membawa pelbagai arus fikiran dan cambahan emosi yang ntah bila akan berakhir...
Pilihanraya di Penang di menangi oleh pembangkang... Dan ini tidaklah menghairankan aku sangat kerana permainannya telah dapat aku baca... Kalau kerajaan barisan meletakkan calonnya, lumrahnya akan dimenangi oleh pembangkang juga... Tapi bila aku lihat dari sudut lain... tidak boleh kah parti pemerintah menyahut cabaran dengan terus mencuba dan kalau mereka 'benar-benar' ikhlas... pasti rakyat di kawasan itu akan menerima pengaruh calon mereka...
Permainan politik lama-lama pun semakin diberi perhatian... Aku harap sentimen perkauman, komunis dan beberapa perkara sensitif masyarakat malaysia, janganlah dipermainkan...
Dan rumusannya, aku sebenarnya muak dengan permainan plitik semasa... kenapalah rakyat tidak terus bangkit sahaja mengubah identiti malaysia di mata dunia... Jika ada kesempatan diberikan, aku yakin... malaysia lebih berjaya....
Selamat untuk semua... Semoga politik malaysia menjadi politik ummah gemilang suatu ketika dulu... amin!
9 tahun yang lalu
