Selasa, 25 Mei 2010

Manisnya kekalahan Thomas!

Aku terpanggil juga memberi komen setelah membaca komen Puan Siti dalam blog nya...
Semasa perlawanan itu berlangsung, tepat jam 7.45 malam, aku dengar dlm kereta sahaja keputusan yang diupdate oleh Linda Onn dalam Radio No.1 Malaysia, Suria FM, Chong Wei dah kalah! Dan di kala itu aku dah pasti, Malaysia akan kalah! Dan tekaan aku memang tepat!

Kita memang kalah tak melawan! Kita hanya menang sorak, tapi maruah pemain tergadai! Moral mereka memang jatuh! lawan semua menang straight set! Dan kita kena terima kekalahan dalam banyak faktor!

1. Kalah atas gelanggang dgn semua perlawanan straight set
2. Kekalahan moral pemain yang memang nampak down teruk
3. Kekalahan kerana hanya ada 1 panglima dan 5 askar sahaja dengan Choong Wei sahaja berprestasi terbaik. Yang lain adalah yoyo yang nyata!

Apa manisnya?

Banyak! Terlalu banyak! Sebenarnya dalam kem badminton itu sendiri, pemain dah tau kita tak kuat! Psikologinya, media gembur2kan kita ada peluang! Teringat aku pagi sebelum permainan separuh akhir... Dalam radio No.1 Malaysia, Suria FM, seorang pemanggil bagitahu bahawa Malaysia kalah 0-3! Tetapi DJ meng'cool'kan keadaan. Kenapa tak nak terima realiti sedangkan kita dah tahu bahawa pemain-pemain China berada di era yang lebih bersedia dan lebih berkualiti. Hakikatnya, pasukan Malaysia bukan di dalam ranking pertama walaupun pemain kita berada dalam rank 1 kerana penyertaan dan kemenangan.

1. Manisnya, bila ramai pihak membuka mata. Pemain badminton kena dicari ganti. pelapis kena lebih ramai. Biar kita jadi pening nak cari siapa pemain pertama dan ada lebihan pemain berkualiti! Jangan hanya tumpu pada individu itu sahaja.

2. Manisnya, bila persatuan badminton mula nak cari pemain potensi di luar bandar! Ramai pemain berkebolehan dan mereka boleh diasah permainan mereka. Berbeza, pemain yang minat dengan hanya pemain yang pandai bermain.

3. Manisnya, bila kekalahan ini menampakkan tembelang kerapuhan sukan badminton negara! Kita kena akui kita bukan gergasi asia lagi! lihat apa yang berlaku pada sepak takraw? Dulu dgn Laos pun kita kalah sedangkan dulu musuh tradisi kita hanya Thailand. Tengok apa yang berlaku sekarang? Sebab dek kekalahan lalu di sukan sea 2008 tak salah aku, pemain takraw kita 100% ditukar kepada pemain pelapis.... Dan tengok bolasepak sukan sea lalu? Siapa menang? Kita kan? setelah kalah teruk dulu?

4. Manisnya, bila suara2 jurulatih mula didengar oleh BAM. Dulu kerana ada biokrasi 'terkawal', Jurulatih tersepit dek pilihan pemain yang terhad! Kenapa sekarang baru nak buka mata dan pasang telinga???

Hakikatnya kita nak lebih ramai Choog Wei, Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Roslan Hashim, Razif-Jalani, Tang Fok-Wa Wah, Soon Kit-Beng Kiang!

MALAYSIA BOLEH!!!

0 Lalat: