Alhamdulillah...
Berhantar juga akhirnya sebutharga KPTM walaupun terlewat 10 minit dari jam 12.00pm. Diterima ke? Aku pun tak tahu nak jawab diterima atau tidak sebab jawapannya kita akan dapat dalam sehari dua ini apabila e-perolehan akan menyenaraikan sebutharga-sebutharga yang berjaya dihantar dan dibuka bagi tatapan umum mengenai harga yang ditenderkan...
Daripada malam tadi aku, Farol dan Amir berusaha menyiapkan sebutharga ini walaupun dari segi geographicalnya aku di Ampang dan mereka berdua di Putrajaya. Kenapa? Sebab aku buat E.P secara ONLINE dan mereka berdua menyiapkan manual. Bagi aku kedua-duanya penting.
Apa istimewanya Sebutharga ini? Erm... Kalau nak disebutkan memang kitorang boleh menang kalau amsuk, harapannya hanyalah 50% sebab bila berjaya hantar, harga dibuka, should be semua orang akan ada peluang 50-50. Tapi melihat kepada kehendak sebutharga tersebut, aku dapati 1 yang kami kurang dan bila dilihat dari sudut 'merosakkan peluang untuk menang' ianya hanya memberikan 1-2& sahaja permasalahan tersebut.
Kita analisis apa kehendak sebutharga:
1. 55 unit Laptop dengan spesifikasi tertentu
2 Intel Core 2 Dou 8600 (maksudnya 2.4Ghz la)
3. 9-Cell Battery (kami masuk 14=Cell Battery (6-Cell + 8-Cell - Ada extended battery)
4. 9 in 1 Media Reader Card (Spec ini x sama, sebab kami masuk Secure Digital Reader Sahaja)
5. Berat 2.3kg (Yg ni, kami tawarkan 2.1kg)
6. Include Cable Lock, Thumdrive 8GB (Done with additional free Speaker lagi)
7. Antivirus Subscription 1 year (Macam biasa... Karspersky la)
8. 3 Years Fully Warranty (Done)
9. Loan unit jika rosak? (Done)
10. Tambahan lain? (Kami masukkan training dan perventative)
Kehendak Sebutharga: Macam-macam... Inilah sebutharga paling banyak salinan yang diorang nak kena bagi bersama! malas betullah diorang ni nak buat salinan... Salinan Teknikal 4 salinan dan salinan Harga pun 4 salinan! Parah betul... Tapi itulah yang kena bagi. Bermaksud; Sebutharga ini kena bagi 5 salinan termasuk ORIGINAL!
Kehendak lain:
1. Kena signature pada setiap muka surat dalam jadual harga! (Done)
2. Kena dapatkan Pengesahan Pangkat A Orang kerajaan bagi salinan L.O (X done - x sempat!)
3. Dan lain-lain.. Hu hu hu
Dan 30 minit sebelum nak hantar, tiba-tiba dapat harga lagi murah daripada Disti! Aduhai... secepat kilat kami menukarkan harga... Dan perubahan agak ketara sebab harganya turun hampir RM 400.00 seunit! Korang bayangkan kalaulah dapat harga ini... berbanding sebelumnya... Bezanya hampir 20k!
Ok la.. aku doakan Farol! Sales ko kali ni lepas dan dapat nama lagi... Nama ko semakin menjadi perhatian GM.. Abis lah ko...
9 tahun yang lalu

0 Lalat:
Catat Ulasan