Ahad, 21 Mac 2010

Anis... Selamat Ulangtahun ke-7

Dah menjangkau 7 tahun dah anak Abi!
Selamat Ulangtahun yang ke 7 sayang!
Baru beberapa minggu lepas, abi bercerita tentang ulangtahun... Dan entry itu mengingatkan abi betapa setiap hari kita bertambah umur, meningkat usia dan lebih berat ujian dan tanggungjawab seharian kita!

Anis ada tanggungjawab lebih besar kerana anis adalah anak yang sulung...
Anis kena jadi role model bagi adik-adik... Mira dan Iman...
Dan yang lebih penting... anis kena cepat belajar dan menjadi gadis dewasa yang boleh abi dan umi banggakan...

Melihat foto semalam yang diambil... abi tergerak sendirian...
Nak tengok fotonya???


Kan dah dewasa anak dara aku ni!!
He he he

Doa abi, harap anis diberikan kekuatan dalam diri, belajar rajin2, jadikan teladan bagi adik-adik dan ceria-ceria selalu!!!

-irzary-

Ahad, 14 Mac 2010

Investment...

Mudahnya la kalau ada wang...
Banyak perkara boleh dilakukan jika ianya berada dipangkuan kita...
Selain kita boleh perabiskan... kita sebenarnya banyak pilihan untuk memberanakkannya lagi!
Caranya? Macam2 dan inilah yang menjadi obstacle bagiku...
Masalah bekerja untuk membuat investement sememangnya mengambil masa dan tenaga...
Dan inilah dilema ramai bumiputera yang berusaha sendiri tanpa bantaun famili...
Bak kata orang berdikari!!!

Bagi aku investment memang penting!
Sejujurnya siapa tak mahu membuat investment demi masa depan...
Kita tak tahu lagi masa depan kita bagaimana?
Apa warnanya??/
Kuning? Cerah? Gelap? Kelabu?
Yang pastinya... Bila kita tiada... waris dan anak2 akan mudah sebab ayahnya atau abangnya atau anaknya...
Ada membuat persediaan masa hadapan...
Bukankah itu perlu pada zaman sekarang???

Bagi aku pelaburan atau investement (td x jumpa perkataan melayu dia!)... adalah mengikut kemampuan..
Bila jengah duit kwsp... rasanya aku dah mampu untuk membuat investment ni...
Cuma di dalam hati masih berkira2.. apa pelaburan paling tepat yang ingin aku lakukan...

Kalau ikut perancangan awal... aku nak beli saham...
Actually saham di dalam syarikat tempat aku bekerja...
Planning 5 tahun lagi, syarikat tempat aku bekerja akan terus berkembang menjadi sebuiah syarikat berhad!
Bila berhad, ia akan dibuka pada public kan?
Dan of course, staf senior mereka akan diberikan peluang membeli saham share holder company...
Jadi aku berfikir2 untuk melabur ke arah itu...
Atau pun dah lama aku di hubungi atau dilamar oleh maybank untuk membeli amanah saham!
Aku tahu ia lebih dijamin dgn keuntungan yang agak lumayan...
Cuma aku sahaja yang belum membuat keputusan nak terima atau tidak jumlah pinjaman RM 100k tu...
Bagi aku... dgn kedudukan aku sekarang, aku bimbang masa2 emergency aku nak guna duit... tak terbayar pulak!
Dah la rumah + kereta dan dekat rm 2k aku sebluan aku kena cover...
Erm...

Bagi aku kalau aku mampu.. aku nak invest dgn hartanah...
Membaca blog kepunyaan sahabat aku rohaniah, idea tu dah lama aku maklum...
Ye la... kalau tengok bangsa cina dan india (ada gak melayu) suka invest untuk membeli hartanah dan sewakan...
Maksudnya... membeli hartanah (maybe buat pinjaman dsbnya.. kalau yg mampu cash... cash la kan?) dan bulanan mereka sewakan kepada pembeli....
Rakyat selangor dan kl ni semakin ramai dan bertambag sebab penghijrahan org luar ke kota... so buyer xkan kurang...
Lagi satu aku melihat, salah satu permintaan teramai adalah student dan pekerja pembuatan... so memang dijamin pulangannya...
Cuma.. ye la... tepatkan kita melabur sekarang?
Aku bimbang tergelincirnya keputusan yang boleh mengakibatkan kesilapan kita dalam membuat andaian...

Tapi aku percaya dengan ekonomi sekarang...
Walaupun perlahan... hartanah, saham dan apa jua kita laburkan sebenarnya takkan merugikan...
Dan aku sekarang masih lagi menghitung2...
Apakah pelaburan atau investment aku bakal aku lakukan demi waris2 ku nanti...

-irzary-

Sabtu, 13 Mac 2010

Ulangtahun

Ulangtahun?
Bila disebut ulangtahun, selalu apa yang kita bayangkan????
Perkahwinan? Pertunangan? Perkenalan? Harijadi? atau kematian???

Erm...
Kita selalu dimomokkan dgn ucapan2 selamat ulangtahun...
Selalunya kita akan bergembira, rasa happy... nak celebrate... let's party!
Banyak perkara kita lupakan...

Kenapa tidak kita sambut ulangtahun dosa? kesalahan? kekesalan? kesilapan? pengajaran? kehilangan? perpisahan?
Ya... kehilangan dan perpisahan adalah perkara pedih dan sedih kita lalui...
Dan perkara2 sedih, duka, salah, pedih... kalau boleh buat apa untuk diingat kan?
Yang dah berlalu adalah pengajaran dan panduan untuk kita tidak lalui lagi...
Guideline kehidupan pada masa depan...
Dan apakah kita nak lupakan begitu sahaja?

Dosa dan kesalahan insan pada ilahi?
Adakah kita nak sambut ulangtahun juga???
Apakah perlu kita tangisi, kesali, sesali???
Dengan bacaan quran, zikir dan tangisan keinsafan atas dosa2 tersebut?
Berapa ramai sahaja insan biasa seperti kita berbuat begitu di alam fana ini???

Berbalik pada kebiasaan ulangtahun yang kita biasa sambut...
Ulangtahun kelahiran...
Apa yng kita impinkan dan pohon tatkala kawan wish kita...? panjang umur murah rezeki dapat jodoh yang sesuai atau kekal jodoh...? ramai anak... dan benda yang baik2 kan????
Memang la... dah nama wish... pasti pengharapan yang baik2...

Dan di sini aku nukilkan ulangtahun untuk diriku...
pada diriku dan keluargaku...
isteriku... selamat ulangtahun ke 33
anis... selamat ulangtahun ke 7
mira... selamat ulangtahun ke 5
dan iman... selamat ulangtahun ke 4
perkahwinanku... selamat ulangtahun ke 8
dan diriku juga... tahun ini... ulangtahun ke 33...

semoga kami kekal bahagia dalam lipatan sejarah yang telah tersulam dan indah2...

-irzary-

Isnin, 8 Mac 2010

Jin Notti

Ribut tidak hujan tidak...
Tiba adik perempuanku sorang ni bertalu2 mengetuk pintu dalam keadaan emosi yang nak menangis!
"Handbag epah dah takde! Tadi letak kat depan!!! sekarang dah takde!", bicaranya sambil muka dah hampir nak nangis!
Aku yg masa tu baru nak memerut, terpinga2 dan keluar dr rumah menuju ke keretanya dgn berseluar pendek berbaju la... meninjau keadaan dan situasi! meneka2 benda yang telah berlaku!
Dan bermula la pertanyaan ibarat polis prebet tak bertauliah!

Setelah memahami situasi, aku terpaksa menyalah adik perempuan yang sorang ini!
Manakan tidak, dah la kereta depan rumah tepi jalan! Masuk ke rumah tanpa mengunci pintu, enjin kereta sedang warm up... bag tangan letak dalam kereta atas seat sebelah pemandu, cermin cerah sangat2.. sapa2 lalu boleh nampak ia peluang untuk mengambil harta orang lain... dan resultnya... handbag hitam kesayangannya ntah ke mana hilang!
Kemujuran... bag duit dalam drawer dashboard tak hilang... cuma handphone nokia express musicnya sahaja yang tak dapat diselamatkan lagi... Call2 dah off dah!

Kesimpulannya... aku dh nampak dan tengok keadaan careless ini banyak kali dah!
Start enjin kereta, pintu x kunci, letak barang berharga dalam kereta, tapi move ke dalam rumah, baru nak kunci kereta dan sebagainya... Kalau kereta dlm garaj xpe la... ini... tepi jalan... Dan biasanya manusia bila dah terkena baru teringat!

Ingat la... orang jahat ni pelbagai! dan muka baikpun... hati jahat, niat jahat pun x guna... Tengok cerita Jin Notti???

-irzary-

Ahad, 7 Mac 2010

Berpolitiklah!

Membaca kemelut politik sekarang, dah macam musim tengkujuh yang bukan pada musimnya...
Kemelut dan fitnah di dalam Pakatan Rakyat sememangnya dinantikan oleh Agen-agen Barisan nasional dan digembar-gemburkan di dalam akhbar2 arus perdana kita...

Salahkah agen2 ini menyatakan berita terkini dan sensasi sekarang ni?
Aku tak nak lah komen pasal pemberita2 ni... Dah tugas mereka kan???
Aku teringat satu ketika pelik gak kenapa hujan pada masa ini?
Adakah ia nak menunjukkan bahawa sudah sampai masanya alam merujuk kepada perubahan ataupun ia menandakan bahawa berlakunya pembersihan???

Aku petik frasa pertama aku iaitu masa ini adalah masa perubahan!
Mungkin berlakunya intipati, citarasa dan pemikiran rakyat telah bertukar kepada kerajaan kini...mungkin kerajaan pakatan tak kuat... ntah apa apa atau sudah mula nampak zahirnya tak seperti mana ucapan mereka...
Dan geng2 yang menyokong pakatan dah mula bohsan dgn janji2 pembangkang ini...

Atau lagi satu mungkin musim pembersihan sudah bermula...
Pembersihan dari segi penyucian firaun2 kecil di dalam pakatan atau virus2 diam yang mungkin jika dibiarkan ia akan menjadi satu network virus yang lebih merbahaya!
Mungkin ia mungkin tidak...
Dan benarlah... pandangan kita taklah sama darjahnya... kan?

-irzary-