Sabtu, 6 Mac 2010

Yang pergi tetap pergi...

Berterima kasih pada yang membaca nukilan...
Berjuta kemaafan jika ada yang tersalah faham...
Aku bukan mahukan kalian membuat pelbagai andaian...

Yang pergi tetapkan pergi...
Dan aku tak boleh nak menolak takdir itu...
Itu sudah suratan dan itu adalah hakikat yang aku terpaksa terima...
Hakikatnya yang amat mengecewakan...

Walaupun begitu aku tetap ceria...
Suara anak2 kini ditelingaku...
Pabila aku perlukan mereka... Anis, Mira dan Iman di sisiku...
Meskipun jarak memisahkan kami.. aku tetap bahagia...

Banyak perkara yang berlaku di dalam 6 bulan ini...
Mengajarku erti kasih sayang sebenar... kemaafan... tiada dendam malah penerimaan yang hakikatnya amat menyedihkan!
Namun aku sedar... hidup berpura2 hanyalah menambahkan penderitaan...
Dan aku tak mahu menyeksa sesiapa lagi...

Dari jauh aku masih boleh tersenyum...
Mereka menangis aku menangis...
Mereka ketawa aku ketawa...
Mereka sakit aku turut merasa...
Dan aku gembira kerana aku masih hidup dan diberi peluang kedua menjaga dan bersama mereka seperti sediakala...

Isteriku... Anak2ku...
Maafkan diri ini kerana suatu ketika dulu aku pernah dibenci...
Menyakiti...
Kini aku kembali semula demi hubungan yang LEBIH SUCI!

-irzary ali-

Saat Menerima Kekurangan Diri!

Aku akui aku ada kekurangan dan nyata kekurangan ini sepatutnya aku handle sebelum ini!
Belum terlambat untuk aku upgrade diri aku!
Aku perlukan bimbingan dan guideline daripada upline untuk diri aku menyerlah semula...

Dulu jika di dalam sales aku boleh dikatakan cemerlang dengan GP tahunan aku sekitar 400k hingga 500k...
Aku boleh berbangga dengan pencapaian aku dan aku sudahpun buktikan bahawa aku telah melepasi tahap yang ditentukan... Dan dengan pencapaian itu aku diberikan pengiktirafan dan upgrader sebagai Unit Manager.

Mungkin tuhan mengetahui kekuatanm dan kekurangan aku...
Dalam training tadi aku didedahkan dengan phrase COMFORTABLE vs COMPETENT!
Memang tepat makna dan tersurat frasa ini kerana aku adalah contoh terbaik untuk diteladani...
Mungkin aku terbaik dalam sales... Handle customer, Achieve target, propose product tetapi aku bukanlah manager yang terbaik!!!

Terbaiknya aku mungkin untuk diriku dan bukanlah untuk diturunkan kepada team unit aku...
Aku telah berada di tahap KESELESAAN yang agak lama dan aku terlupa... aku perlukan PUNCA lain untuk mengekalkan reputasi aku sebagai SALES PERSON yang baik!

Aku juga bukan leader yang baik kerana LEADER yang baik akan menurunkan momentum kecemerlangannya kepada person lain... Tetapi aku tidak mencapai tahap2 yang syarikat mahukan...
Mungkin benar lumrah alam... Dulu aku pernah di atas dan kini aku GOYAH dan boleh dikatakan failure...
Banyak KEGAGALAN  yang aku hadapi dan tekanan hidup dan kerjaya yang melanda membuatkan aku berfikir.... Apakah aku qualified as a unit manager until TODAY???

Atas keinginan untuk KEMBALI dan ACCEPT MY LAST FAILURE... aku tak mahu lagi ianya terus diletakkan dan diberikan taraf itu selamanya pada diriku... Aku inginkan kecemerlangan dahulu dan kini biarlah aku dikenali sebagai PENGURUS TERBAIK. Pengurus yang cemerlang menguruskan team dan juga menguruskan sales... Aku mahukan kedua2nya...

Kepada pihak tertentu... kini aku terima kekurangan diri... Dan aku akan COMEBACK... Demi kepercayaan syarikat pada diri irzary ali...

-irzary ali-

TOUGH Training!

Salam...
Tough juga training kali ni...
Train the trainer... Yup! Sebelum aku train org lain, aku kena well known what suppose aku kena tahu, kena buat, kena praktis, kena push dan kena solve!!!
Mak ai...!!!

10 Codes Sales Ninja:
- Abundance
- Courage
- Commitment
- Constribution
- Duty
- Focus
- Honor
- Honesty
- Trust
- Improvement

Yup... Aku juga belajar Sales Fundamental!
Buyer Basic & also Sales Basic!
Ada 3 P's iaitu Pengetahuan Product, People & Selling Skills & Philosophy!
Nanti aku akan update berkaitan semua ni...

-irzary-

Train the Trainer

Erm.. TQ Hanzo...
Aku baru dapat key bagaimana nak solve problem handling Sales Person (dipanggil trainer...)
Selain 10 codes Sales Ninja yang aku gunakan dalam aktiviti harian, 2nd Training, kami didedahkan dgn Sales Basic (Fundamental) dan Cold Calling... Sesi pagi ni aku diberi intensive menggunakan ketiga2...nya...

Jumaat, 5 Mac 2010

Minggu penuh dengan training

Minggu ni padat betul jadual aku....
Training yang boleh memberikanku aku lebih skill, info, teknik dan tactical in sales!
Aku kagum dengan usaha syarikat demi kebaikan dan input kepada sales person mereka...
Siapa kata mereka tak cukup baik???
Aku akui, banyak kebaikan yang diwujudkan demi kepentingan mereka juga...