Aku Azrie... dari Pahang.
Anak tiga (Abi pada Anisa, Amira dan Aiman)
mewakili kami nak mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA
SALAM EID FITRI
MAAF ZAHIR BATIB...
Ikhlas dari aku...
-IRZARY-
Sabtu, 3 September 2011
SELAMAT HARI RAYA EID FITRI...
DCCkan oleh irzary at 9/03/2011 05:47:00 PTG 0 Lalat
Kembali x bodoh... hehehe
Assalamualaikum...
Salam Lebaran, Selamat Hari Raya dan Salam Eid Fitri wal Faizin...
Insya Allah...
Aku minta maaf dengan entry sedih, pelik, rintihan dan susah hatiku akhir-akhir ini...
Nak berkongsi cerita... aku tahu siapa yang suka membaca entry2 aku...
Aku tahu ada yang dah tau cerita aku dan ada yang mungkin tertanya2.. apa yang berlaku pada si Azrie ni dengan entry2 yang ntahpepe...
Tapi itu lah kecelaruan fikiran yang aku hadapi...
Bak kata top blog aku ni...
Darjah fikiran kita x sama...
Dan degreenya berbeza...
Hahaha...
Nanti lah aku update...
Hati letih la...
Alah... citer sedih lagi.. nnati aku akan lebih kerap lagi update entry aku...
Dan aku cuba menovelkannya! ops... macam ada motivate jer..
Hurm...
Nanti update ya???
-irzary-
DCCkan oleh irzary at 9/03/2011 05:45:00 PTG 0 Lalat
Isnin, 22 Ogos 2011
Aku tak Bodoh!
Salam Ramadhan...
Ent3 ni aku tulis... masa menunggu makanan siap dihidang oleh Suri...
Suri memang rajin memasak... dan Suri lah banyak membantu perjalanan hidupku...
Aku sebolehnya mahu melupakan apa yg telah berlaku sejak 27 Julai lalu...
Dan sehinggalah satu hari aku mengambil keputusan bahawa... aku x mampu hidup sendirian...
Suri...
Aku x bodoh Suri... kerana itu aku merayu pada tuhan agar aku diberikan pilihan...
Dan Suri... kau lah pilihan yang telah ditentukan...
Amin...
bersambung...
-IrzarY-
DCCkan oleh irzary at 8/22/2011 08:20:00 PTG 0 Lalat
Sabtu, 2 April 2011
Memperbodohkan... diperbodohkan atau memang bodoh? Part 1
Assalamualaikum WBH...
Last En3 aku Januari 2011...
Memang banyak perkara yang ingin aku kongsikan... Lebih-lebih lagi yang melibatkan tentang diri aku sendiri... keluarga aku... anak-anak aku... adik-beradik aku... umi abah... rakan-rakan opis... seseorang yg pernah menyentuh hati aku... dan kehidupan aku kini...
Januari 2011 telah aku buka diari kehidupan aku dgn penuh harapan dan doaku semoga apa yg telah aku putuskan agar ia menjadi penyelesaian dr apa yang telah berlaku pada aku selama ini... Aku cuba berfikiran positif.. menganggap setiap apa yg berlaku adalah takdir... dan merelakan diri menjadi taruhan takdir itu. Aku tahu bukan sedikit dugaan menyentuh aku lantaran dosa2 dan kesilapan yg telah aku lakukan seumur hidupku... aku telah masuk ke kancah hitam itu... untuk menyesali dan menangisi perbuatan itu hanya Allah Maha Pengampun sahaja rujukan aku... Dan aku akan menangisinya sepanjang hayatku. Harapan aku agar taubatku diterima... Ya Tuhan... Aku memang bodoh melakukannya dan terasa amat memperbodohkankan diri...! Itulah kejujuran yg boleh aku katakan dan pengajaran paling besar bagi aku yang bernama insan di dunia...
3 bulan 2011, aku dibayangi dengan pelbagai perasaan... Mengungkapkan selamat hari lahir pada seseorang yang telah menjadi isteri orang... memberikan ia nasihat dan semangat walaupun di dalam hati, aku meraung sendirian...!!! sesungguhnya sepakan, tamparan, terajang dan hentaman padu yg aku dapat pada 27 Julai 2010 yang lalu masih terasa lagi sehingga kini!!! Lantaran itu aku memendam perasaan dendam pada diri empunya diri yang pada aku dia sengaja menyakiti jiwa dan hati aku yg ingin membersihkan dan membayar segala kesalahan aku yg lalu! Tetapi aku gagal untuk melakukannya!!! Bodohnya aku! Kenapa aku terus memperbodohkan diri aku dengan bersikap kepuraan dan dendam??? Kenapa aku jadi begini? Ya tuhan!!!
Bergelumanglah aku dalam dunia aku sendiri... Bekerja seadanya... datang meeting... pergi appointment... buat pembentangan... laporan... analisis kerja, marketing dan planning stategi... aku akui aku menjadi 'seseorang' bila aku bekerja... tetapi aku gagal menjadi 'seseorang' itu bila aku pulang ke rumah... tanpa ada kerja khusus yang ingin aku lakukan... dan akhirnya aku membiarkan rasa rindu, rasa emosi, marah... dendam dan perkara untuk menyakitkan hati itu mekar... dan akhirnya aku terus menyalahkan dia!!! Memang dia yang salah! kenapalah dia melakukannya??? kenapa? kenapa? bodoh lagi kan aku?
Hampir setiap minggu, weekday dalam 2-3 kali, suara anak-anak itu aku dengari... ceria dan menggembirakan aku... kadangkala air mata jernih lelaki ini menitis bila terdapat perkataan dan permintaan yg aku x dapat laksanakan... jika dulu akulah tempat mereka meminta... dalam taku2 pun, mira kak ngahku akan meminta untuk membelikan dia itu dan ini... dan mira dapat sebab aku amat menyayangi mereka... kehidupan 8 tahun yang aku lalui dulu, setiap pagi rutinku dengan anak2 akan menjelma bila aku berkata-kata dengan mereka... Iman... anak lelaki pertamaku... aku kesian kat Iman... aku tak puas bermain dengan dia dalam satu keluarga yang sempurna... Iman... maafkan abi ye nak...! abi tahu abi salah dan kesalahan abi bukan abi seorang! umi pun sama memikulnya... Anis kak long... abi tahu kak long faham... sesusia 6 tahun... kak long telah pun matang... dan abi tahu.. kemalangan atas dirimu bukan salah umi... umi amat sayang pada kak long... tetapi kelalaiannya yang aku tak dapat maafkan! sekian kalinya aku tidak memperbodohkan diriku dalam catatan perenggan ini...
... bersambung!
Wassalam...
-irzary-
Ahad, 9 Januari 2011
Selamat Tinggal 2010
Salam,
Aku dah terlalu lama meninggalkan bidang penulisan. Satu bidang seni yang memang aku minat dan ingin aku selami di dalamnya. Karya seniku hanya untuk kepuasanku. Dan kepuasan itu boleh membuatkan jiwaku tenang...
Blog 'Sudut Pandang Sisisku' adalah yang aku khususkan untuk aku berbicara, menukil, melakukan coretan dan bercerita. Tak lain juga aku boleh mengkritik, memberi pandangan dan menyatakan apa sahaja di belah sisi kiri kananku. Dan atas asas itu aku membuka blog ini...
Maafkan aku blog! Terlalu lama aku meninggalkan sisi ini. 2010 terlalu banyak kesilapan aku lakukan. Hanya sekelumit kenangan indah sahaja yang ada untuk aku kenang. Dengan pengalaman pahit perit dan tidak terjangka berlaku, aku cuba menutup semua itu dengan sekelumit rasa kebahagiaan di hujungnya. Alhamdulillah... aku temuinya dan aku tidak akan mensia-siakannya.
Buat anak-anakku, abi mohon ampun dan maaf atas dosa abi dan umi. Jika tidak masuk campur keluarga, kita tetap masih bersama selamanya. Hanya masa dan amarah ibubapamu menyebabkan ini berlaku. Abi tidak mahukan ini berlaku. Abi cuba mengambil sikap membuka ruang, memberi lebih masa dan menghulur kemaafan dan kembali kepangkuan... tetapi perpisahan juga dituntut dengan rasa tidak sabar, mengikut nafsu, mengiyakan mereka yang suka kita berpisah dan menghancurkan ikatan kekeluargaan abi. Abi redha dan pasrah anak-anakku...
Buat seorang insan istimewa... maafkan aku. Aku tidak dapat menerimamu lagi. Sedangkan apa yang berlaku setahun dulu, kau tahu dan kau selalu di sisiku. Oleh kerana itu aku akur dengan rasa kasih dan sayang kepadamu. Tatkala ikatan sedang di rancang, atas nasihat ibubapaku... Kau pergi dan menghilang dengan kejam dan penuh tragis... Kau insan kedua membuatkan airmata lelakiku ini mengalir dan hiba... Bukan sehari dua malah berminggu lamanya aku menahan resah setelah penghinaan dan salah laku insan pertama terhadap aku... Dan kini aku belajar apa erti sebenar kasih sayang manusia... Ia hanyalah seketika... Ia... Ia sementara semata... Terima kasih atas kasih sayang dahulu...
4 kenangan indah bersama anak-anakku... Anis, Mira dan Eman... Percutian kita di Pahang, KL, Port Dickson membahagiakan abi... Sambutan Hari Raya Idulfitri bersama abi... Kenduri kawin Makteh Epah pada 10.10.10 dan terakhir percutian kita ke Utara dan KL... Semuanya menggamit memori indah untuk abi... Terima kasih anak-anak abi... Walaupun anak-anak abi bersama umi, tapi abi percaya dan gembira, abi masih boleh bertemu, bersua dan bersama kalian... Belajar lah rajin-rajin... Naik tingkatan nanti kita akan bersua di Kuala Lumpur!
Kerjayaku... Aku dinobatkan the best Sales Person buat sekian kalinya... Rasanya bermula aku bekerja di Starza pada tahun 2006, tiada lagi sales person lain yang menyaingiku... Alhamdulillah. Dan tahun lalu aku made 1.4M dgn 432k GP. Syukur... Rezeki anak2...
Secara amnya, 2010 mencatatkan rasa resahku dan persaingan kehidupan dalaman yang perlu aku tempuhi... Aku mungkin tidak ada masalah dengan karenah dengan anak2.. Tapi masa kosongku, rinduku dan masa tidurku sunyi... Dan aku perlu mencari teman itu... Aku doakan aku masih boleh mencari cinta manusia dan membajai kasih-sayang itu... Gila cinta kah aku? Kalau lah itu istilahnya... Ye lah agaknya...
Itu saja secara umumnya dan secara rasmi aku ucapkan "SELAMAT TINGGAL 2010"
DCCkan oleh irzary at 1/09/2011 01:29:00 PTG 0 Lalat
