Selasa, 25 Mei 2010

Wali Band - Band Islamik???

Ingat lagu Cari Jodoh?
Itulah dia Wali Band! Aku ada dengar member2 opis memuji lagu2 mereka dalam satu album.
Islamik katanya!

Di sini bukanlah aku nak promote apa2. Cuma just nak menyatakan apa yang difikiran aku bila aku menyusuri website dan mencari berkaitan kumpulan dan lagu2 dalam album ni.... Aku dapati ada beberapa lagu yang berkaitan dengan agama. Tapi tidak lah dapat aku katakan lagu2 ni lagu nasyid. Lagu2 mereka rentak balada, rock tapi lirik2 nya tidak cintan mendayu2 atau terlalu cinta ghairah!

List lagu2 mereka:

Selasa, 6 April 2010

Lihat Movie! - How to Train Your Dragon

Pertama kali aku tgk promo citer ni bila aku suka-suka klik sana-sini dalam cinema Malaysia.com. lantas mata aku terarah ke satu button! Show that gambar dragon dgn seorang budak stay atas dia... Aku terus teringat citer Avatar! Dan kali pertama aku terdetik bahawa... " Avatar buat anime plak ke???"

So tanpa tertangguh aku cari 'OFFICIAL TRAILER' dier.. Bukan susah pun... Youtube berlambak! Dan aku wait 10 second... 15 second... 20 second... lambatnya! Aku biarkan! Biar dia refresh dan download semua citer dulu... Karang layan! Dan aku lupakans eketika sambil2 layan semula siaran Astro depan mataku ketika itu!

5 minit berlalu aku klik balik! Yes! Dah siap dan aku mula melayan trailer nyer... Hati aku bgtau diri aku melalui mataku! Wow!!! Citer ni memang best! Genre anime adalah salah satu genre kegemaran aku! Serius! Kalau korang nak angkut aku tgk movie wayang... Selain genre cartoon/anime, seram (melayu la...), action... Boleh la aku 'ter'rasa nak ikut....

Berbalik pada citer td! Dan aku memang salute pengarah citer "Shrek," "Madagascar" and "Kung Fu Panda" ni... Memang jalan citer menarik, terhibur dan aku nak katakan di sini.... "sapa kata bapak budak x boleh relax tgk kartun??? Ha ha ha

Secara kesimpulannya, citer anime ni memang funny tapi banyak unsur ketabahan, kepercayaan dalam diri dan usaha untuk mengubah pemikiran kuno kaumnya kepada kepercayaan yang lebih realistik!!! Penceritaan meminjam kaum viking yang sentiasa 'fight' dgn naga! Sekali lagi aku kata... dragon! Giler tu masa mula2 citer ni start... dh viking2 ni lawan naga! lawan rimau atau lion tu boleh la fikir logik! Tapi dh nama kartun kan???

Nak tahu lebih lanjut... korang singgah2 la kat mana pawagam... Jangan layan 3d! Tak best! Tgk xde 3d lagi best!!! Ada translate!!! Huhuhu

-irzary-

Ahad, 28 Mac 2010

Pisang Goreng...

Apa ke hal aku masukkan entry tajuk pisang kali ni?
Sekadar menyampaikan apa yg aku fikirkan dan apa yg aku x puas hati dgn penjual2 pisang goreng!

Simple je pandangan aku!
Aku melihat usahawan2 bumiputera kita ni begitu ghairah menjual dan bersabar membuka gerai2 makanan panas di mana2 sekalipun!
Boleh dikatakan... di mana ada peluang yg mereka nampak ianya boleh menjual makanan panas itu, maka ia boleh dikatakan berpotensi mendapat pelanggan yg akan dtg membeli!



Aku bukan nak komen bagaimana mereka memilih tempat2 yang 'berpotensi' membuka gerai mendapatkan pelanggan... tapi aku nak kongsi ketidakpuashatian aku tentang mentaliti dan cara mereka meletakkan makanan panas itu semasa menjual!

Contoh... di tempat kerja aku... aku kira ada 3 tempat menjual pisang goreng... Dan sememangnya tempat mereka begitu strategik iaitu tepi korner... tepi jalan laluan utama dan berdekatan dgn pejabat2 di situ!
Selalu juga la rakan2 opis bawa balik dan aku sebagaimana yg lain... bila terbau aroma pisang goreng di pejabat... masing2 dgn berbesar hati menyambar sekeping dua untuk di makan pd waktu petang itu... Kan lapar kan???
Cuma aku ni agak cerewet dan suka bertanya... di mana dia beli? Dan sememangnya aku akan tangguhkan keinginan aku untuk menjamah kalau rakan2 ku cakap, beli kat bawah tepi korner! atau... beli kat tepi jalan kat seven eleven!... Er kenapa ye????

Ni lah yg aku nak kongsikan... (panjang pulak cerita aku ni.. bukan kah senang straight to the point je kan? kan?)
Sebab... pisang goreng mereka tak ada penutupnya! Habis2 goreng... terus letak dkt dulang! Tak tutup, hatta sekeping plastik atau sehelai surat khabar pun!
Apa salahnya... belikan satu bekas plastik yg ada dwi pintu tu ke??? Ni tak... Dah la tepi jalan utama... sah2 habuk tepi jalan akan berterbangan punya! Dan penjual tu buat dek jerk pasal ni!

Aku pernah la cakap dgn diorang ni! Nak jual tu jual la... Tapi beli lah sekeping plastik besar tutup makanan mereka... Habuk! Main pakat senyum jerk! Langsung xde inisiatif nak tutup ke apa! Dan last2 bila dh tengok seminggu dua still mcm tu... Aku pernah la dtg dan perli mereka betapa x sihat nyer mereka menjual makanan itu dan jual makanan tercemar pd org2 pejabat2 di sini! Aku boikot makanan mereka sampai hari ni!!!

Setakat mana kesedaran mereka??? Tanpa kesedaran pembeli pun x guna juga! Korang beli ke kalau nampak org jual pisang goreng x tutup, tepi jalan utama... sah2 kereta lalu lalang.. habuk2 berterbangan... off couse kuman2 dan virus ke sini sana!!! Fikir2 kan la!!!

-irzary-

Ahad, 21 Mac 2010

Anis... Selamat Ulangtahun ke-7

Dah menjangkau 7 tahun dah anak Abi!
Selamat Ulangtahun yang ke 7 sayang!
Baru beberapa minggu lepas, abi bercerita tentang ulangtahun... Dan entry itu mengingatkan abi betapa setiap hari kita bertambah umur, meningkat usia dan lebih berat ujian dan tanggungjawab seharian kita!

Anis ada tanggungjawab lebih besar kerana anis adalah anak yang sulung...
Anis kena jadi role model bagi adik-adik... Mira dan Iman...
Dan yang lebih penting... anis kena cepat belajar dan menjadi gadis dewasa yang boleh abi dan umi banggakan...

Melihat foto semalam yang diambil... abi tergerak sendirian...
Nak tengok fotonya???


Kan dah dewasa anak dara aku ni!!
He he he

Doa abi, harap anis diberikan kekuatan dalam diri, belajar rajin2, jadikan teladan bagi adik-adik dan ceria-ceria selalu!!!

-irzary-

Ahad, 14 Mac 2010

Investment...

Mudahnya la kalau ada wang...
Banyak perkara boleh dilakukan jika ianya berada dipangkuan kita...
Selain kita boleh perabiskan... kita sebenarnya banyak pilihan untuk memberanakkannya lagi!
Caranya? Macam2 dan inilah yang menjadi obstacle bagiku...
Masalah bekerja untuk membuat investement sememangnya mengambil masa dan tenaga...
Dan inilah dilema ramai bumiputera yang berusaha sendiri tanpa bantaun famili...
Bak kata orang berdikari!!!

Bagi aku investment memang penting!
Sejujurnya siapa tak mahu membuat investment demi masa depan...
Kita tak tahu lagi masa depan kita bagaimana?
Apa warnanya??/
Kuning? Cerah? Gelap? Kelabu?
Yang pastinya... Bila kita tiada... waris dan anak2 akan mudah sebab ayahnya atau abangnya atau anaknya...
Ada membuat persediaan masa hadapan...
Bukankah itu perlu pada zaman sekarang???

Bagi aku pelaburan atau investement (td x jumpa perkataan melayu dia!)... adalah mengikut kemampuan..
Bila jengah duit kwsp... rasanya aku dah mampu untuk membuat investment ni...
Cuma di dalam hati masih berkira2.. apa pelaburan paling tepat yang ingin aku lakukan...

Kalau ikut perancangan awal... aku nak beli saham...
Actually saham di dalam syarikat tempat aku bekerja...
Planning 5 tahun lagi, syarikat tempat aku bekerja akan terus berkembang menjadi sebuiah syarikat berhad!
Bila berhad, ia akan dibuka pada public kan?
Dan of course, staf senior mereka akan diberikan peluang membeli saham share holder company...
Jadi aku berfikir2 untuk melabur ke arah itu...
Atau pun dah lama aku di hubungi atau dilamar oleh maybank untuk membeli amanah saham!
Aku tahu ia lebih dijamin dgn keuntungan yang agak lumayan...
Cuma aku sahaja yang belum membuat keputusan nak terima atau tidak jumlah pinjaman RM 100k tu...
Bagi aku... dgn kedudukan aku sekarang, aku bimbang masa2 emergency aku nak guna duit... tak terbayar pulak!
Dah la rumah + kereta dan dekat rm 2k aku sebluan aku kena cover...
Erm...

Bagi aku kalau aku mampu.. aku nak invest dgn hartanah...
Membaca blog kepunyaan sahabat aku rohaniah, idea tu dah lama aku maklum...
Ye la... kalau tengok bangsa cina dan india (ada gak melayu) suka invest untuk membeli hartanah dan sewakan...
Maksudnya... membeli hartanah (maybe buat pinjaman dsbnya.. kalau yg mampu cash... cash la kan?) dan bulanan mereka sewakan kepada pembeli....
Rakyat selangor dan kl ni semakin ramai dan bertambag sebab penghijrahan org luar ke kota... so buyer xkan kurang...
Lagi satu aku melihat, salah satu permintaan teramai adalah student dan pekerja pembuatan... so memang dijamin pulangannya...
Cuma.. ye la... tepatkan kita melabur sekarang?
Aku bimbang tergelincirnya keputusan yang boleh mengakibatkan kesilapan kita dalam membuat andaian...

Tapi aku percaya dengan ekonomi sekarang...
Walaupun perlahan... hartanah, saham dan apa jua kita laburkan sebenarnya takkan merugikan...
Dan aku sekarang masih lagi menghitung2...
Apakah pelaburan atau investment aku bakal aku lakukan demi waris2 ku nanti...

-irzary-