Apa ke hal aku masukkan entry tajuk pisang kali ni?
Sekadar menyampaikan apa yg aku fikirkan dan apa yg aku x puas hati dgn penjual2 pisang goreng!
Simple je pandangan aku!
Aku melihat usahawan2 bumiputera kita ni begitu ghairah menjual dan bersabar membuka gerai2 makanan panas di mana2 sekalipun!
Boleh dikatakan... di mana ada peluang yg mereka nampak ianya boleh menjual makanan panas itu, maka ia boleh dikatakan berpotensi mendapat pelanggan yg akan dtg membeli!
Aku bukan nak komen bagaimana mereka memilih tempat2 yang 'berpotensi' membuka gerai mendapatkan pelanggan... tapi aku nak kongsi ketidakpuashatian aku tentang mentaliti dan cara mereka meletakkan makanan panas itu semasa menjual!
Contoh... di tempat kerja aku... aku kira ada 3 tempat menjual pisang goreng... Dan sememangnya tempat mereka begitu strategik iaitu tepi korner... tepi jalan laluan utama dan berdekatan dgn pejabat2 di situ!
Selalu juga la rakan2 opis bawa balik dan aku sebagaimana yg lain... bila terbau aroma pisang goreng di pejabat... masing2 dgn berbesar hati menyambar sekeping dua untuk di makan pd waktu petang itu... Kan lapar kan???
Cuma aku ni agak cerewet dan suka bertanya... di mana dia beli? Dan sememangnya aku akan tangguhkan keinginan aku untuk menjamah kalau rakan2 ku cakap, beli kat bawah tepi korner! atau... beli kat tepi jalan kat seven eleven!... Er kenapa ye????
Ni lah yg aku nak kongsikan... (panjang pulak cerita aku ni.. bukan kah senang straight to the point je kan? kan?)
Sebab... pisang goreng mereka tak ada penutupnya! Habis2 goreng... terus letak dkt dulang! Tak tutup, hatta sekeping plastik atau sehelai surat khabar pun!
Apa salahnya... belikan satu bekas plastik yg ada dwi pintu tu ke??? Ni tak... Dah la tepi jalan utama... sah2 habuk tepi jalan akan berterbangan punya! Dan penjual tu buat dek jerk pasal ni!
Aku pernah la cakap dgn diorang ni! Nak jual tu jual la... Tapi beli lah sekeping plastik besar tutup makanan mereka... Habuk! Main pakat senyum jerk! Langsung xde inisiatif nak tutup ke apa! Dan last2 bila dh tengok seminggu dua still mcm tu... Aku pernah la dtg dan perli mereka betapa x sihat nyer mereka menjual makanan itu dan jual makanan tercemar pd org2 pejabat2 di sini! Aku boikot makanan mereka sampai hari ni!!!
Setakat mana kesedaran mereka??? Tanpa kesedaran pembeli pun x guna juga! Korang beli ke kalau nampak org jual pisang goreng x tutup, tepi jalan utama... sah2 kereta lalu lalang.. habuk2 berterbangan... off couse kuman2 dan virus ke sini sana!!! Fikir2 kan la!!!
-irzary-


