Ahad, 7 Mac 2010

Apa aku buat minggu ni (1hb - 7hb Mac 2010)???

Nak share sket...

Isnin 1hb Mac
Pagi aku ada hal dan ambil cuti separuh hari. Hal ni penting dan off course aku perlu settlekannya... Dan 6 bulan tertangguh dan tiba masanya aku close the case... Alhamdulillah aku diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapinya... Umi Abah pun turut ada dan walaupun mereka tidak gembira tetapi aku memerlukan sokongan mereka... Sehingga tengahari, aku ke Seremban menghantar isteri tercinta dan masanya untuk berpisah kerana aku terpaksa run ke Putrajaya... Selepas taklimat tender @ JPM, aku masuk office... Dengar plak cerita pasal 2 staf office berhenti dengan alasan mendapat offer yang lebih baik! Erm.. Asam garam kehidupan... Malam ni umi abah di rumah dan aku kembali ke rumah makan tengahari bersama mereka... Kualiti kehidupan: 6/10

Selasa 2hb Mac
Buat rutin kerja harian di office. Report ada 3 tak siap dan perlu aku settlekan. Tengahari, makan dgn rakan2 office. UiTM rental pun x complete lagi tapi aku settlekan slow2 la... Masalah banyak di sana sebab banyak sangat unit kewangan dan fakulti aku kena handle. But I must settle it! Petang, still di office. Malam umi abah masih di rumah... Kualiti kehidupan: 5/10

Rabu 3hb Mac
Pagi ni aku chance a little bit tentang meeting unit. Pagi aku run ke Shah Alam bersama Danny (staf aku) untuk appointmentnya di Masjid Shah Alam. Aku just nak hantar surat, ambil tender UiTM dan meet client di FPSU... Ada complain... Biasa la... Ptg jam 3 on d way balik.. Ada kejadian berlaku.... Livina aku habis minyak kat Jalan Tun Razak! Ha ha ha... kali kedua dah... Aku rasa meter minyak Livina aku sewel la... Jam 5.30pm, aku carry meeting GPU then malam aku layan wayang... Cerita Niyang Rapik! ok la... Kualiti Kehidupan: 6/10

Khamis 4hb Mac
Pagi, staf2 aku ada training dgn HP (Printer). Aku banyak buat admin side dan siapkan 2-3 documents about Qoutation, call back existing customer... Tengahari layan kat Gerai Yati RM5! Huhuhu... Nama yang kami bagi kat kedai tu! Malam ada tender sket sebab esoknya kena training... Settle tender sampai jam 3pagi! Kualiti Kehidupan: 7/10

Jumaat 5hb Mac
Pagi training! lewat bangun beb! Mati la... Sampai office dh lewat 10 minutes but nasib baik training x start lagi... Sepanjang hari aku x selesa... i) Lewat tido, ii) bangun terkejut! Tangkap urat kepala wo! iii) Memang pening... So tu la alasan aku x gi masjid... Ada reason kan??? Sampai jam 5pm, habis training... Continue sket tentang keje... Review tender nak hantar then tido! Kualiti Kehidupan: 7/10

Sabtu & Ahad 6 & 7hb Mac
Training! Train the Trainer... Sabtu, revise last 3 tarining, cover semua! Cuma ada sentuh tentang  philospohy about Manager! Aku kongsi di sini: i) The team result is your result! ii) Get the people what u want to do and what u want them to do & Create more leaders! Cool and Great!
Ahad? Tak habis lagi... Tapi aku rasa cukup Great dan tahu apa yang aku nak next week even next week schedule aku full Monday to Wednesday... Xpe... Kualiti Kehidupan: 8/10

Kualiti 1 Minggu: Overall 6/10 (Ok la... sekurangnya aku tahu aku buat apa dan result dari apa yang aku dah buat!)

TQ pada yang membaca.. Jangan lupa komen ok???

-irzary-

Sabtu, 6 Mac 2010

Yang pergi tetap pergi...

Berterima kasih pada yang membaca nukilan...
Berjuta kemaafan jika ada yang tersalah faham...
Aku bukan mahukan kalian membuat pelbagai andaian...

Yang pergi tetapkan pergi...
Dan aku tak boleh nak menolak takdir itu...
Itu sudah suratan dan itu adalah hakikat yang aku terpaksa terima...
Hakikatnya yang amat mengecewakan...

Walaupun begitu aku tetap ceria...
Suara anak2 kini ditelingaku...
Pabila aku perlukan mereka... Anis, Mira dan Iman di sisiku...
Meskipun jarak memisahkan kami.. aku tetap bahagia...

Banyak perkara yang berlaku di dalam 6 bulan ini...
Mengajarku erti kasih sayang sebenar... kemaafan... tiada dendam malah penerimaan yang hakikatnya amat menyedihkan!
Namun aku sedar... hidup berpura2 hanyalah menambahkan penderitaan...
Dan aku tak mahu menyeksa sesiapa lagi...

Dari jauh aku masih boleh tersenyum...
Mereka menangis aku menangis...
Mereka ketawa aku ketawa...
Mereka sakit aku turut merasa...
Dan aku gembira kerana aku masih hidup dan diberi peluang kedua menjaga dan bersama mereka seperti sediakala...

Isteriku... Anak2ku...
Maafkan diri ini kerana suatu ketika dulu aku pernah dibenci...
Menyakiti...
Kini aku kembali semula demi hubungan yang LEBIH SUCI!

-irzary ali-

Saat Menerima Kekurangan Diri!

Aku akui aku ada kekurangan dan nyata kekurangan ini sepatutnya aku handle sebelum ini!
Belum terlambat untuk aku upgrade diri aku!
Aku perlukan bimbingan dan guideline daripada upline untuk diri aku menyerlah semula...

Dulu jika di dalam sales aku boleh dikatakan cemerlang dengan GP tahunan aku sekitar 400k hingga 500k...
Aku boleh berbangga dengan pencapaian aku dan aku sudahpun buktikan bahawa aku telah melepasi tahap yang ditentukan... Dan dengan pencapaian itu aku diberikan pengiktirafan dan upgrader sebagai Unit Manager.

Mungkin tuhan mengetahui kekuatanm dan kekurangan aku...
Dalam training tadi aku didedahkan dengan phrase COMFORTABLE vs COMPETENT!
Memang tepat makna dan tersurat frasa ini kerana aku adalah contoh terbaik untuk diteladani...
Mungkin aku terbaik dalam sales... Handle customer, Achieve target, propose product tetapi aku bukanlah manager yang terbaik!!!

Terbaiknya aku mungkin untuk diriku dan bukanlah untuk diturunkan kepada team unit aku...
Aku telah berada di tahap KESELESAAN yang agak lama dan aku terlupa... aku perlukan PUNCA lain untuk mengekalkan reputasi aku sebagai SALES PERSON yang baik!

Aku juga bukan leader yang baik kerana LEADER yang baik akan menurunkan momentum kecemerlangannya kepada person lain... Tetapi aku tidak mencapai tahap2 yang syarikat mahukan...
Mungkin benar lumrah alam... Dulu aku pernah di atas dan kini aku GOYAH dan boleh dikatakan failure...
Banyak KEGAGALAN  yang aku hadapi dan tekanan hidup dan kerjaya yang melanda membuatkan aku berfikir.... Apakah aku qualified as a unit manager until TODAY???

Atas keinginan untuk KEMBALI dan ACCEPT MY LAST FAILURE... aku tak mahu lagi ianya terus diletakkan dan diberikan taraf itu selamanya pada diriku... Aku inginkan kecemerlangan dahulu dan kini biarlah aku dikenali sebagai PENGURUS TERBAIK. Pengurus yang cemerlang menguruskan team dan juga menguruskan sales... Aku mahukan kedua2nya...

Kepada pihak tertentu... kini aku terima kekurangan diri... Dan aku akan COMEBACK... Demi kepercayaan syarikat pada diri irzary ali...

-irzary ali-

TOUGH Training!

Salam...
Tough juga training kali ni...
Train the trainer... Yup! Sebelum aku train org lain, aku kena well known what suppose aku kena tahu, kena buat, kena praktis, kena push dan kena solve!!!
Mak ai...!!!

10 Codes Sales Ninja:
- Abundance
- Courage
- Commitment
- Constribution
- Duty
- Focus
- Honor
- Honesty
- Trust
- Improvement

Yup... Aku juga belajar Sales Fundamental!
Buyer Basic & also Sales Basic!
Ada 3 P's iaitu Pengetahuan Product, People & Selling Skills & Philosophy!
Nanti aku akan update berkaitan semua ni...

-irzary-

Train the Trainer

Erm.. TQ Hanzo...
Aku baru dapat key bagaimana nak solve problem handling Sales Person (dipanggil trainer...)
Selain 10 codes Sales Ninja yang aku gunakan dalam aktiviti harian, 2nd Training, kami didedahkan dgn Sales Basic (Fundamental) dan Cold Calling... Sesi pagi ni aku diberi intensive menggunakan ketiga2...nya...