Hari ni dan akan datang bagi aku penuh dengan cabaran!
Bangkit lah diriku!
Kau masih memerlukan lebih banyak tanggungjawab terutamanya dalam ibadah, komitmen keluarga, kerjaya dan masa sosialmu!
Malah, tuntutan kewanganmu setiap bulan perlu dikekalkan...
Sekurang-kurangnya aku perlu kekalkan momentum kerjayaku...
Sales and marketing... aku perlu bangun semula!!!
Selepas training Sales Ninja code Cold Calling... semangatku berkobar2 semula untuk berjumpa clients!
Potensi untuk aku bangun dan mengejar cita2 aku datang lagi dan dalam waktu yang sama akan aku buktikan bahawa aku adalah sales person sejati!
Aku juga mahu membuktikan bahawa aku kini mendaki dan meniti hidup penuh cabaran ini untuk belajar pengurusan demi kebaikan unit team yang aku jaga sekarang!
Cukup la aku sendirian yang berjaya dan kecundang keseorangan!
Aku inginkan kebangkitan semula...
Pada rakan2 syarikat... diriku kini bangkit kembali!
Kembali meniti hari penuh cabaran!
Jumaat, 5 Mac 2010
Hari penuh cabaran
DCCkan oleh irzary at 3/05/2010 04:56:00 PTG 0 Lalat
Selasa, 23 Februari 2010
Di mana letaknya kesabaran hati...!
Di mana kesabaranku dan ke mana kesabaran ini pergi?
Adakah ia akan menjadi titik tolak kehidupan baru?
Kerja yang semakin membosankan!
Untuk siapa lagi aku bekerja?
Untuk diri sendiri ke?
Ntah la...
Hati!
Sabar la...
-irzary-
DCCkan oleh irzary at 2/23/2010 06:44:00 PTG 0 Lalat
Sudut: Hati
Jumaat, 29 Januari 2010
Pergi tak kembali
Keceriaan... kebahagian... Jeritan nakal anak2...
Segalanya telah pergi dan tak mungkin ia kembali...
Seperti dulu!
Seperti 6 tahun dulu!
Dan aku terpaksa membiasakan diriku dengan keadaan baru...
Tanpa kenakalan anak2...
Tanpa manja isteri yang dulu pernah ku sayang...
Ku sanjung... Yang aku ingin berubah kerananya...
Kerana kesetiaannya...
Kerana kesabarannya...
Kini tiada lagi...
Maafkan abi Anis..
Ampunkan abi Mira...
Iman... abi harap dirimu memahami bahawa abi juga ada perasaan...
Kesabaran...
Abi dah puas mengalah...
Hidup x tentu...
Dan kini abi pasti... segalanya telah pergi... tak mungkin kembali!
DCCkan oleh irzary at 1/29/2010 10:36:00 PTG 0 Lalat
Isnin, 5 Oktober 2009
Hendak ku menangis...
Ku dengar lagu lama...
P.Ramlee... insan yang tidak asing namanya pada kita...
"Hendak ku nangis..."
"Tiada.... Berair mata..."
"Hendak ku rayu..."
"Tiada... siapa nak dengar..."
"Kalau dah nasib... sudah tersurat... Apa nak buat..."
Herm...
Itu lah yang berlaku pada aku sekarang...
Bersorangan... Bersendirian...
Dan aku redha dengan apa yang telah tersurat...
Apa yang terjadi... kan tetap terjadi...
Ku teringat lagu ini....
Erm...
Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan
Untuk ku lafazkan kata-kata menghuraikan perasaan
Tapi ku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Usah ada gesaan apalagi suatu paksaan
Kau tahu diriku serba tiada ku ingin lebih bersedia
Lalu di atas nama cita-cita kau ku tinggalkan sementara
Dengan percaya engkau akan mengerti
Dan sabar menanti...
( korus )Berdoa-berdoalah sayang
Sepenuh keyakinan
Bukan berjanji bukan bersumpah
Cuma percaya...
Ku kan pulang padamu jua... (dinda)
Apa yang terjadi kan terjadi
Dengan keizinan Ilahi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Aku menyakini yang kan terjadi tetap terjadi
Pertemuan... di azali...
DCCkan oleh irzary at 10/05/2009 05:15:00 PTG 0 Lalat
Isnin, 22 Jun 2009
Dunia semakin hambar...
Aku tak tahu kenapa aku rasakan dunia sekarang seperti tiada apa rasa...
Bangun tido... hantar anak pergi kerja... Balik kerja... Tido...
Dan... di mana kesedapan dunia yang selalu dicari, di selak, di intai...
Mana?
Ntah la... aku tetap hidup dan meneruskan kehidupan ini dengan seadanya...
Benar la kata Ustaz2, penceramah Agama....
Bila kita jauh dengan Islam, Islam akan terus ke depan sebenarnya...
Tetapi kita akan tertinggal di belakang....
Dan kalau kita mengiringiNYA, maka kita takkan rasa sepi dan sedih...
LA TAHZAN!
Dan sebab itu... dunia semakin hambar... Walaupun ianya ceria...
Dengan Islam...
DCCkan oleh irzary at 6/22/2009 07:30:00 PTG 0 Lalat
